PENYERANG skuad Harimau Muda, Haqimi Azim Rosli merayu agar para pemain muda di negara ini terus diberikan peluang beraksi di tahap tertinggi saingan domestik iaitu Liga Super.
Selepas membantu Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2025 dengan menewaskan Filipina 2-1, Haqimi berharap peluang lebih banyak untuk pemain muda menonjolkan bakat.
Ia tidak lain adalah untuk memastikan kesinambungan bola sepak negara berterusan hingga ke masa depan.
BACA LAGI: Bintang tersisih Selangor FC bantu Jordan naib juara Piala Arab, siap muncul 'top scorer'
BACA LAGI: Sangka menang tipis, Amorim kecewa Man United terlalu santai 'bocor' minit akhir

Haqimi menjaringkan 'dua' gol semasa Malaysia menewaskan Filipina.
"Dalam liga, kami perlukan lebih banyak perlawanan kompetitif. Ramai pemain yang beraksi di Liga A1, mereka perlu bermain di peringkat yang lebih tinggi iaitu Liga Super.
"Saya juga jarang bermain dalam perlawanan liga. Saya perlu bekerja lebih keras apabila kembali ke skuad Kuala Lumpur City," kata Haqimi.
Menamatkan khidmatnya bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun dengan kalungan pingat, Haqimi berasa gembira walaupun semasa bertemu Filipina dia berdepan kesukaran.
Hal ini disebabkan Haqimi menjaringkan 'dua' gol dengan salah satunya adalah untuk pihak lawan di separuh masa pertama.
"Saya bukan jaringkan satu gol, tapi sebenarnya dua," seloroh Haqimi.
"Saya sangat kecewa, namun Aysar Hadi dan Ubaidullah Shamsul terus memberikan semangat. Mereka kata saya boleh buat.
"Saya buat larian dan kemudiannya jaringkan gol. Saya sangat gembira," ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
