PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perubahan anggota dalam Kabinet kerajaan Madani pada Selasa.
Dalam pengumuman yang dilakukannya, Anwar mengumumkan perubahan anggota kabinet melibatkan perubahan portfolio dan lantikan baharu.
Antara yang menarik perhatian adalah lantikan baharu melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan Menteri Ekonomi.
BACA LAGI: Tiada rombakan Kabinet besar-besaran, hanya isi kekosongan — PM Anwar
BACA LAGI: Rombakan kecil Kabinet akan dilakukan — Anwar Ibrahim
Senator Dewan Negara, Profesor Dr Zulkifli Hasan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sementara Menteri Ekonomi disandang oleh Akmal Nasir yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.
Beberapa nama turut menjadi muka baharu untuk kerajaan Madani iaitu Taufiq Johari yang menjadi Menteri Belia dan Sukan selain Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.
Perubahan dalam kabinet Madani melihatkan beberapa nama ditukarkan portfolio dengan Hannah Yeoh kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Seperti yang dijangka, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengisi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjadi Menteri Perladangan dan Komoditi.
Sementara Steven Sim pula bertukar portfolio dengan dia dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
