PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim kecewa dengan persembahan para pemainnya yang dilihat terlalu santai walaupun ketika mendahului perlawanan menentang Bournemouth pada pagi Selasa, waktu Malaysia.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), aksi di laman sendiri menyaksikan United berjaya bangkit dari ketinggalan 2-3 sebelum mendahului 4-3 menuju fasa akhir perlawanan.
Namun begitu, kelebihan dicipta oleh Matheus Cunha itu dipadamkan oleh Eli Junior Kroupi untuk membolehkan The Cherries mencuri satu mata.
BACA LAGI: 'Dia cuma mahu main di Johor', Cristiano Ronaldo puji kehebatan SSI
BACA LAGI: Liverpool tetap perlukan Mo Salah — Steven Gerrard
Bercakap selepas perlawanan, Amorim kecewa melihat bahasa tubuh sesetengah pemainnya yang tidak menunjukkan usaha membunuh segala peluang Bournemouth mendapatkan apa-apa daripada aksi tersebut.
Malah pada satu ketika, Amorim berasakan United sudah menang ketika Cunha menjaringkan gol keempat.
"Benar (sangka sudah menang), kerana saya tengok kepada usaha para pemain. Saya tengok usaha dari pertahanan, dan apabila di hujun perlawanan selepas mendahului 4-3, saya dapat rasakan yang kami akan terus berusaha untuk jaringkan satu lagi gol.
"Kami cuba, tapi sudahnya, ia berakhir dengan seri," komen Amorim.
Bagi Amorim, keputusan seri yang diraih United lebih kepada kehilangan dua mata berbanding mendapat satu mata.
Menurutnya, United berhak mendapat kemenangan jadi itu membuatkannya sangat kecewa.
"Ia sangat mengecewakan, kami sangat kecewa, ia adalah perlawanan yang gila. Ia kelihatan kami kehilangan dua mata pada separuh masa kedua namun kami kehilangannya pada separuh masa pertama.
"Kami mendominasi dan mencipta banyak peluang, sepatutnya kami ke rehat separuh masa dengan keputusan berbeza, patutnya kami berhak dapat lebih lagi," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
