[VIDEO] Rekaan segar-teknologi lestari, jersi biru Harimau Malaya angkat tema 'Bangkit Bersama'


  • Podium
  • Selasa, 16 Dis 2025

Jersi edisi ketiga itu mengangkat tema 'Bangkit Bersama' yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu dalam pembangunan Harimau Malaya. — Instagram/Puma Malaysia

 

 

PUMA Malaysia menerusi kerjasama berterusan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi melancarkan Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 pada 4 Disember lalu, sekali gus melengkapkan koleksi jersi skuad kebangsaan bagi musim 2025.

Pelancaran jersi itu hadir selepas pengenalan jersi 'home' dan 'away' pada awal tahun ini dengan edisi ketiga itu menampilkan gabungan inovasi prestasi serta sentuhan reka bentuk moden yang segar, sejajar dengan aspirasi baharu bola sepak negara.

Pengurus Negara Puma Malaysia, Steven Tan berkata, jersi ketiga itu mengangkat tema 'Bangkit Bersama' yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu dalam pembangunan Harimau Malaya.

BACA LAGI: Puma Future 8 Ultimate, senjata baharu lonjak keyakinan atas padang

BACA LAGI: Sebelum Harimau Malaya, Selangor FC antara 3 kelab pernah sarung jersi Puma

"Tema bagi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘Bangkit Bersama’ yang mencerminkan semangat kebangkitan bersama seluruh ekosistem bola sepak negara.

"Ia turut menampilkan padanan warna baharu serta corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia yang sinonim dengan keberanian, kekuatan dan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan,” katanya memetik kenyataan.

Dari segi rekaan, jersi ketiga berkenaan tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang menyerlah, dilengkapi potongan regular fit, lengan pendek serta kolar bulat.

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, ia dihiasi logo Puma Cat di bahagian dada kanan, Jalur Gemilang di bahagian kiri, sekali gus memperkukuhkan elemen kebangsaan pada jersi berkenaan.

Selain aspek estetika, Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 turut mengintegrasikan teknologi prestasi dan kelestarian terkini Puma bagi memastikan keselesaan maksimum kepada pemain ketika beraksi, selari dengan komitmen jenama itu terhadap penghasilan produk sukan lestari.

Antara ciri utama jersi tersebut termasuk reka bentuk simbolik yang diinspirasikan daripada elemen Harimau Malaya sebagai lambang identiti dan sejarah bola sepak negara.

Jersi ketiga Harimau Malaya boleh didapati pada harga RM319. — Instagram/Puma Malaysia

Dari segi teknologi pula ia menggunakan penyerapan peluh Drycell bagi memastikan pemakai kekal kering dan selesa, serta penggunaan bahan lestari menerusi inisiatif Re:fibre Puma dengan sekurang-kurangnya 95 peratus bahan kitar semula tanpa menjejaskan kualiti.

Jersi ketiga Puma x FAM Harimau Malaya 2025 kini boleh didapati pada harga RM319 menerusi laman web PUMA.com, kedai rasmi PUMA, serta pengedar terpilih termasuk Al-Ikhsan dan Football Republic.

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini kerjasama Puma dan FAM, peminat boleh mengikuti akaun rasmi @PUMA.Malaysia di Instagram. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram