JEPUN mengeluarkan amaran gempa bumi berskala mega susulan negara itu mengalami gegaran 7.5 magnitud pada Isnin.
Gegaran tersebut yang mencederakan 51 orang dengan ia berlaku di kawasan timur laut negara itu.
Menurut laporan, amaran tersebut dikeluarkan bagi kawasan seluas 1,300 kilometer merangkumi Chiba sehingga Hokkaido.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut ditembak di plaza tol, disyaki terbabit pergaduhan 2 kumpulan gengster Seremban
BACA LAGI: 'Jangan bawa ke CAS', TMJ dedah ada individu FIFA ugut FAM
Agensi kaji cuaca Jepun mengeluarkan amaran dengan penduduk dinasihatkan untuk bersiap sedia berpindah sekiranya keadaan menjadi lebih teruk.
Mengikut skala bencana di Jepun, jika magnitud mencapai angka tujuh ia dianggap sebagai “amat bahaya”.
"Rentetan gempa bumi tersebut, ia dipercayai ada kemungkinan satu gegaran berskala besar yang lebih tinggi daripada biasa.
"Jika gegaran berskala besar itu berlaku pada masa depan, ada kemungkinan tsunami akan sampai ke kawasan berisiko tinggi selepas mengalami gegaran," kata agensi cuaca Jepun.
Pada Isnin, gempa bumi yang melanda kawasan Aomorim menyebabkan banyak bangunan dan jalan yang rosak serta menghidupkan amaran tsunami yang boleh mencecah setinggi 70 sentimeter.
11 daripada mangsa adalah dari Hokkaido, 36 dari Aomori dan empat lagi dari wilayah Iwate. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
