LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard berpendapat yang kelab itu masih lagi memerlukan pemain utamanya, Mohamed Salah walaupun mereka sedang mengalami krisis.
Rentetan daripada isu dialami akibat komen Salah terhadap pengendali, Arne Slot dan pengurusan kelab, Gerrard berasakan yang pemain itu cumalah manusia biasa yang meluahkan perasaannya.
Namun begitu, tidak semua yang Salah katakan itu adalah benar kerana ada perkara tidak sepatutnya diperkatakan di khalayak umum.
BACA LAGI: 'Jangan bawa ke CAS', TMJ dedah ada individu FIFA ugut FAM
BACA LAGI: Bergaduh dengan Slot, Salah mungkin senasib bakal pengurus Liverpool

Salah perlu menyelesaikan isunya dengan Slot.
"Dia benar-benar kecewa kerana tidak dapat bermain, saya hormat pendapatnya. Dia tidak mahu duduk di bangku simpanan, saya pun hormat apa dia kata.
"Tapi apabila dia katakan yang dia seolah dijadikan kambing hitam, dia perlu tarik balik dari apa yang dikatakan itu," jelas Gerrard.
Kata Gerrard, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk membaiki keadaan termasuklah ketua pasukan iaitu Virgil van Dijk.
Tambahnya, Liverpool tetap memerlukan Salah untuk kembali menjaringkan gol sekali gus membawa kelab itu kembali ke landasan sepatutnya.
"Salah perlu selesaikan perkara ini dengan Slot. Virgil van Dijk juga perlu main peranan, macam mana hendak selesaikan perkara ini bukan saja untuk kebaikan kelab tapi skuad dan penyokong.
"Saya pernah mengalaminya sendiri, saya pernah nampak pertengkaran antara Luis Suarez dengan Brendan Rodgers, saya juga pernah dapat kad merah dalam masa 30 saat semasa berdepan Manchester United, semua orang tidak sempurna.
"Kita sebagai pemain ada masanya akan beremosi, tapi saya tahu bila sudah tenang pastinya Salah akan berpendapat yang dia tidak patut berkata sedemikian, dan dia terlalu beremosi semasa mengatakannya.
"Liverpool tetap perlukan Salah untuk bermain baik dan menjaringkan gol sebab dia pemain terbaik, penjaring terbaik dan dia akan bantu pasukan keluar dari situasi sukar," kata Gerrard. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
