'Dia cuma mahu main di Johor', Cristiano Ronaldo puji kehebatan SSI


  • Podium
  • Rabu, 10 Dis 2025

Ronaldo (kanan) berminat untuk beraksi di SSI.

BINTANG bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menyatakan kemahuannya untuk beraksi di Malaysia namun di satu lokasi sahaja.

Memetik laporan The Vibes, lokasi tersebut adalah gelanggang Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kemahuan itu dinyatakan Ronaldo seandainya kelabnya, Al Nassr melakukan jelajah Asia.

BACA LAGI: 'Jangan bawa ke CAS', TMJ dedah ada individu FIFA ugut FAM

BACA LAGI: Bergaduh dengan Slot, Salah mungkin senasib bakal pengurus Liverpool

Ronaldo mungkin akan beraksi di SSI.

"JDT adalah sangat unik, hingga satu tahap saya menerima mesej daripada Cristiano Ronaldo mengatakan jika Al Nassr melakukan jelajah Asia dan melawat Malaysia, dia tidak mahu main di tempat lain, dia cuma mahu main di Johor.

"Itu adalah penghargaan yang tinggi dan positif apabila ada orang memuji stadium yang kita ada. It adalah perkara baik dan saya akan bawa lebih banyak lagi, bukan saja bola sepak tapi sukan lain juga," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata demikian ketika sesi wawancara yang diadakan di Johor Bahru, Johor, pada Rabu.

Ronaldo dan Al Nassr merupakan antara kelab yang mendapat perhatian di Asia selepas bola sepak Arab Saudi mengalami revolusi.

Kini beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACLTwo), kelab itu disebut-sebut sebagai calon juara kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram