'Siapa alih tanda amaran, penghadang?' Menteri arah siasat insiden sebabkan 2 maut SUV jatuh gaung di Hulu Terengganu


  • Massa
  • Isnin, 08 Dis 2025

Kemalangan tersebut meragut dua individu yang dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan.

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan pengalihan tanda amaran di Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring di Hulu Terengganu untuk tampil ke hadapan.

Hal ini kerana, tindakan mengalihkan papan amaran tersebut menyebabkan dua orang meninggal dunia kerana kenderaan dinaiki terjatuh ke gaung sedalam 61 meter.

Bercakap kepada media pada Isnin, Alexander mengatakan perbuatan mengalihkan papan amaran itu bukannya dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

BACA LAGI: Ubai sudah sampai, Nafuzi sabar menanti bintang Sabah-Selangor sebelum jumpa Vietnam

BACA LAGI: [VIDEO] Fotofit suspek macam lukisan budak-budak, tak sangka mirip wajah sebenar penjenayah di AS

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

"Kalau papan amaran itu dialihkan, sudah pasti bukan kami yang buat. Papan amaran itu tidak dialihkan oleh pihak JKR.

"Kami sudah pun melakukan siasatan, itu amalan biasa. Kami ke lokasi dan siasat, mengikut SOP ditetapkan JKR.

"Kami nak tahu siapa yang alihkan penghalang itu. Jika ada yang tahu, sila beritahu kami," katanya.

Kemalangan maut itu pada Jumaat melibatkan kenderaan sukan pelbagai guna (SUV) yang meragut nyawa dua individu yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Kemalangan itu berlaku dipercayai terjadi selepas kenderaan itu yang bergerak dari Hulu Terengganu ke Gua Musang, Kelantan memasuki jalan yang ditutup akibat tanah runtuh.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Superitendan Sharudin Abd Wahab berkata papan amaran dan penghadang yang dipasang di kawasan tersebut dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram