MENJADI pembaca berita memerlukan seseorang itu untuk kekal profesional semasa menyampaikan berita tidak kira ia berbentuk sedih, gembira atau pengumuman penting.
Namun begitu, jika sudah namanya manusia, pastinya tidak dapat lari daripada tindakan menzahirkan perasaan walaupun ketika itu perlu untuk kekal profesional.
Itulah yang terjadi kepada pembaca berita Amerika Syarikat, Ethan Forhetz semasa bertugas untuk saluran NBC pada 2018.
BACA LAGI: Ubai sudah sampai, Nafuzi sabar menanti bintang Sabah-Selangor sebelum jumpa Vietnam
BACA LAGI: Tak dapat minit di Singapura, dengarnya Safuwan Baharudin kembali ke Selangor
Ketika sedang melaporkan berita mengenai jenayah rompak kedai di Lancaster, Pennsylvania, Forhetz tidak dapat menahan ketawa apabila skrin di studio memamparkan lakaran atau fotofit pihak polis mengenai suspek terlibat.
Pada mulanya, skrin hanya menunjukkan lakaran suspek tanpa wajah sebenar dan itu mengundang reaksi spontan Forhetz yang berusaha keras untuk menahan ketawa.
Gelak tawa Forhetz kemudiannya menjadi lebih ketara apabila skrin membandingkan lakaran tersebut dengan wajah sebenar suspek yang sememangnya seiras.
Forhetz mengatakan yang gelak tawannya itu bukannya dibuat-buat kerana sememangnya ia datang secara sendirinya apabila menyaksikan lakaran dan wajah sebenar suspek.
Dia kemudiannya mengatakan si pelukis wajar diberikan kenaikan gaji kerana berjaya menghasilkan wajah serupa dengan suspek.
Suspek tersebut dikenali sebagai Hung Phuoc Nguyen dan dia berjaya diberkas oleh pihak polis atas dua kesalahan jenayah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
