SEORANG wanita di Brazil memfailkan saman terhadap sebuah syarikat penerbangan dan seorang penumpang selepas insiden yang melibatkan dirinya di dalam pesawat menjadi tular pada penghujung tahun lalu.
Kejadian yang tular pada Mac lepas itu menyaksikan Jeniffer Castro, 29 menaiki penerbangan GOL Airlines pada Disember 2024.
Wanita yang bekerja di sebuah bank di Belo Horizonte itu memberitahu bahawa seorang kanak-kanak duduk di tempat duduk tepi tingkap yang telah diperuntukkan untuknya ketika dia memasuki pesawat.
BACA LAGI: [VIDEO] Tong gas meletup punca 25 maut ketika tarian gelek berlangsung
BACA LAGI: Jangan biarkan rakyat mati kelaparan, tolong bantu kami — Datuk Bandar Aceh Utara
Menurut laporan media termasuk, Castro menunggu kanak-kanak itu berpindah sebelum mengambil tempat duduknya.
Seorang penumpang lain merakam video Castro yang kelihatan memakai AirPods sambil memejamkan mata, ia kemudiannya menjadi tular selepas dikongsi semula di TikTok dan dilaporkan oleh pelbagai media antarabangsa.
Dalam video tular itu, ramai mengecam Castro kerana enggan bertukar tempat duduk dengan kanak-kanak tersebut.
"Apa yang mengejutkan saya ialah seseorang yang tiada kaitan dengan situasi itu merakam saya tanpa izin, menghina saya, dan cuba memalukan saya secara terbuka hanya kerana saya tidak mahu bertukar tempat duduk.
"Apa yang sepatutnya menjadi penerbangan biasa bertukar menjadi situasi yang sangat memalukan, mendedahkan saya secara tidak adil dan menjejaskan kehidupan peribadi serta kerjaya saya," katanya.
Passenger who refused to give up her window seat to crying child files lawsuit against the airline after being bombarded with hate from viral video.
Jeniffer Castro who had a window seat on a GOL Airlines flight in Brazil was harassed and shamed by passengers for refusing to… pic.twitter.com/IFissm9QuR
— Mr Commonsense (@fopminui) December 7, 2025
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan mendakwa dia terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai bank serta tidak lagi berani keluar dari rumah akibat serangan kebencian dalam talian.
Di satu sisi, insiden itu memberi Castro populariti dalam talian dan kini dia mempunyai kira-kira dua juta pengikut di Instagram, di mana dia berkongsi kandungan berkaitan gaya hidup dan perjalanan.
Castro berkongsi bahawa dia telah memfailkan saman terhadap GOL Airlines dan penumpang yang merakamnya, menuntut pampasan atas tekanan emosi yang dialami, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tindakan undang-undang tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
