KEMARAHAN Mohamed Salah selepas keputusan seri Liverpool menentang Leeds United terus mencetuskan perdebatan hangat mengenai masa depannya di Anfield, selain kedudukan ketua jurulatih, Arne Slot turut berada dalam tekanan hebat.
Insiden itu memuncak apabila Salah secara terbuka menuduh kelab 'mengorbankannya' selepas diletakkan di bangku simpanan sepanjang perlawanan Sabtu lalu, kali kedua daripada tiga aksi liga yang menyaksikan dia tidak diturunkan langsung.
Kenyataan keras itu bukan sahaja menggugat hubungan Salah dengan pengurusnya, malah membuka ruang spekulasi besar bahawa beliau mungkin akan meninggalkan Liverpool seawal jendela perpindahan Januari.
BACA LAGI: Rasa macam kena campak bawah bas — Mo Salah
BACA LAGI: Salah tinggalkan Liverpool: Isak-Wirtz juga terkena ‘tempias’
Pemerhati bola sepak tampil mengulas mengenai situasi tegang tersebut, dengan majoriti percaya Liverpool kini berada pada tahap kritikal dalam menentukan siapa yang akan meninggalkan kelab terlebih dahulu, Salah atau Slot.
James Marshment berpandangan bahawa kenyataan bintang Mesir itu adalah tanda jelas bermulanya pengakhiran karier penyerang tersebut di Anfield selepas sembilan tahun menyarung jersi The Reds.
Menurut Marshment, meskipun Salah merupakan tonggak utama kelab, tiada pemain boleh dianggap lebih besar daripada Liverpool FC, sekali gus tidak menolak Salah akan meninggalkan Liverpool pada Januari kelak.
Situasinya sama seperti Cristiano Ronaldo bersama Piers Morgan, dan walaupun Ten Hag akhirnya disingkirkan, Manchester United membuktikan bahawa tiada pemain lebih besar daripada kelab apabila legenda itu terlebih dahulu meninggalkan pasukan.
Sementara itu, James Holland melihat Slot kekal lebih lama di kelab berbanding Salah kerana mengembalikan pemain itu ke dalam pasukan selepas kenyataan pedasnya hanya akan melemahkan autoriti pengurus tersebut.
Liverpool’s press officer with the yellow lanyard in the back was absolutely lost for words when he heard Salah say ‘the club is trying to throw me under the bus...’ pic.twitter.com/mFtob2lbFc
— george (@StokeyyG2) December 7, 2025
Fenway Sports Group (FSG) juga dilaporkan masih memberi sokongan penuh kepada Slot, sekali gus menjadikan Salah pihak yang lebih berkemungkinan digugurkan dari kelab itu.
Pandangan lebih keras disuarakan Steve Pearson yang menganggap Slot sepatutnya sudah lama dipecat susulan prestasi buruk Liverpool musim ini.
Bagaimanapun, Pearson tetap percaya Salah akan pergi dahulu, biarpun berpendapat pengurus itu adalah punca sebenar kemelut semasa.
Samuel Bannister pula melihat risiko Slot dipecat jika Liverpool tewas dalam beberapa perlawanan sebelum Januari, apatah lagi Salah bakal meninggalkan kelab sementara untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Beliau berpandangan bahawa tempoh kejohanan itu mungkin menjadi ruang untuk Salah menilai semula tindakannya, tetapi tidak menolak bahawa pemain itu tetap bakal meninggalkan Anfield pada Januari.

Slot turut berdepan tekanan dari penyokong ekoran aksi hambar Liverpool.
Nathan Egerton pula menegaskan bentuk semasa Liverpool, hanya empat kemenangan daripada 15 perlawanan denan ia adalah bukti kelemahan Slot, dan prestasi keseluruhan menjadi faktor penentu masa depan pengurus itu.
Namun dengan Salah akan menyertai AFCON, perpindahan pemain itu mungkin hanya diputuskan selepas kejohanan berlangsung.
Fraser Fletcher dan Graeme Bailey sependapat bahawa Salah adalah individu yang paling hampir meninggalkan kelab dalam masa terdekat, dengan Bailey menambah bahawa rancangan menilai masa depan Salah pada musim panas kini dipercepatkan ke Januari ekoran insiden itu.
Konflik terbuka antara Salah dan Slot kini menjadikan bulan Januari antara tempoh paling kritikal buat Liverpool, dengan masa depan kedua-duanya terus diberi perhatian dunia bola sepak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
