MALAYSIA kini mempunyai jersi ketiga untuk skuad Harimau Malaya apabila Puma melancarkannya pada Khamis.
Jersi tersebut mengenakan biru sebagai warna utama sambil terdapat elemen merah dan berkolar bulat.
Sementara seluar pula menggunakan putih sebagai warna utama.
BACA LAGI: Aksi Leeds United 'nyawa' terakhir, Slot salahkan Liverpool sudah hilang 'fear factor'
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalah dalam menang', kejayaan terakhir Selangor di Filipina tak cukup mara jauh di Asia
Elemen yang paling menarik perhatian penyokong adalah penggunaan Jalur Gemilang berbanding logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada jersi.
Penggunaan bendera Malaysia pada jersi Harimau Malaya jelas mendapat restu majoriti penyokong yang ketika ini mempunyai sentimen negatif terhadap FAM berkait skandal tujuh pemain warisan.
Dengan jersi berwarna biru serta penggunaan bendera Malaysia, ia secara tidak langsung menggamit memori penyokong terhadap detik tertinggi Harimau Malaya sekitar awal 2010-an.
Ketika itu, Malaysia meraih gelaran tunggal mereka di Asia Tenggara apabila memenangi Piala Asean sambil skuad Harimau Muda menungguli cabaran Sukan SEA pada 2009 dan 2011.
"Bagus tak ada lencana FAM, bendera Malaysia dekat jersi baru betul," kata penyokong bernama Aca Aszrin.
"Ni baru betul letak bendera Malaysia, baru ada semangat cintakan negara," ujar Seleksi Headbang.
"Dah lama tak pakai jersi warna biru ni, dulu zaman Datuk K. Rajagopal pakai," komen Azoy Idris. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
