KELIBAT bek import Selangor FC, Kevin Deeromram mencuri perhatian apabila dikesan meluangkan masa menonton perlawanan bekas pasukannya ketika berada di Thailand baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook SNE Sports, pemain pertahanan Gergasi Merah itu dirakam hadir menyaksikan aksi Ratchaburi FC menentang wakil Vietnam, Nam Dinh FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Stadium Ratchaburi, Thailand pada Rabu.
Kehadiran Deeromram itu muncul sehari selepas dia membantu Selangor FC meraih satu mata berharga dalam keputusan seri 1-1 menentang Bangkok United pada Rabu.
BACA LAGI: Toni Domgjoni masuk senarai 'skuad tanpa peluh' Liga Super
BACA LAGI: Liverpool beri kata dua buat Arne Slot, dapatkan 6 mata atau dipecat

Bek kental Gergasi Merah, Kevin Deeromram hadir memberi sokongan kepada bekas pasukannya, Ratchaburi.
Namun, bukannya pulang ke Malaysia, pemain kacukan Thai-Sweden berusia 28 tahun itu memilih untuk memenuhi masa lapangnya dengan menonton perlawanan bekas kelabnya.
Dalam aksi tersebut, Ratchaburi tampil cemerlang apabila menundukkan Nam Dinh 2-0, sekali gus mengumpul sembilan mata selepas lima perlawanan dan menduduki tangga kedua Kumpulan F.
Kehadiran Deeromram ke stadium turut dilihat sebagai bentuk sokongan moral kepada bekas pasukannya, yang nyata menampilkan prestasi meyakinkan.
Sebagai rekod, Deeromram pernah menyarung jersi Ratchaburi pada musim 2016/2017, dengan mencatat 32 penampilan, satu gol dan lapan bantuan jaringan sepanjang tempoh bersama kelab Thailand itu.
Manakala, bek berketinggian 1.83 meter itu pula mencatatkan empat gol dan dua hantaran bantuan selepas 17 perlawanan bersama Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim 2025/26. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
