Liverpool beri kata dua buat Arne Slot, dapatkan 6 mata atau dipecat


  • Podium
  • Khamis, 27 Nov 2025

Arne Slot diwajibkan meraih dua kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

SPEKULASI panas mengenai kemelut prestasi Liverpool semakin memuncak selepas laporan mendakwa mesyuarat mendadak kelab itu telah berakhir dengan pengurusan memberikan amaran terakhir kepada ketua jurulatih, Arne Slot.

Menurut sumber yang mendakwa mengetahui butiran pertemuan tersebut, Slot dimaklumkan bahawa dia perlu memperbaiki prestasi pasukan dengan segera bagi mengelakkan kemungkinan berlaku tindakan drastik terhadap kedudukannya.

Laporan itu menyebut bahawa pihak pengurusan menetapkan sasaran jelas bahawa Liverpool perlu mengutip enam mata penuh dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan datang.

BACA LAGI: [VIDEO] Entah apa punca, pemain JDT-Melbourne City bertikam lidah lepas tamat aksi di Australia

BACA LAGI: Bekas awang import Liga Super teruja redah banjir, tak peduli kaki bengkak sampai pengurus 'naik angin'

Kegagalan mencapai sasaran tersebut dikatakan boleh menjejaskan masa depan Slot di Anfield.

"Eksklusif. Amaran terakhir. Arne Slot dikatakan telah diberikan amaran terakhir untuk memperbaiki prestasi pasukan. Enam mata dijangka wajib diraih dalam dua perlawanan EPL yang seterusnya," katanya.

Prestasi Liverpool sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong dengan keputusan tidak konsisten yang menjarakkan mereka daripada saingan teratas liga.

Situasi itu dilihat mencetuskan tekanan tambahan terhadap barisan kejurulatihan.

Untuk rekod, Liverpool kini berada di tangga ke-12 saingan EPL dengan mengumpul 18 mata selepas 12 perlawanan.

Setakat ini, The Reds merekodkan enam kemenangan dan enam kekalahan.

Selepas ini, Liverpool akan berdepan West Ham pada 30 November sebelum bertemu Sunderland pada 4 Disember. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram