SAM kecam kes wartawan diserang, Hannah Yeoh yakin polis siasat dengan teliti


  • Podium
  • Selasa, 25 Nov 2025

Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran. — Facebook/hareshdeol

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengecam serangan ke atas pengasas portal Twentytwo13 dan juga ahli SAM, Haresh Deol yang berlaku di Bangsar, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, SAM mengesahkan ketika kejadian pada pukul 3.30 petang, Haresh diserang dua individu tidak dikenali, manakala seorang lagi merakam insiden itu.

Menurut Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap, Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

BACA LAGI: [VIDEO] Entah apa punca, pemain JDT-Melbourne City bertikam lidah lepas tamat aksi di Australia

BACA LAGI: [VIDEO] Jaring gol kemenangan sulung Sabah, sanggul rambut Daniel Ting jadi 'sasaran' lepas geram

Kenyataan media SAM berhubung serangan terhadap wartawan sukan. 

Katanya, motif serangan masih belum diketahui dan pihaknya berharap agar siastan dijalankan selera bagi memastikan keselamatan pengalam media terjamin.

"Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan.

“SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan Haresh yang juga Timbalan Presiden Kelab Wartawan Nasional (NPC) sedang melakukan perbincangan bersama beberapa rakan, sebelum diserang ketika bersendirian menuju ke keretanya.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh senada dengan SAM dan menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan dengan sewajarnya.

“Keselamatan pengamal media mesti dihormati. Saya yakin polis akan menyiasat dengan teliti dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram