LIGA Super melihatkan pelbagai kelab mempunyai penggempur tajam mereka untuk memburu gol.
Tidak kira kelab mana sekali pun, penyerang-penyerang tersebut akan berusaha keras saban minggu untuk memastikan kelab mereka meraih gol sekali gus mendapat kemenangan.
Oleh itu, tidak terkejut jika melihat penyerang-penyerang di Liga Super berlumba-lumba mencatat kadar penyudah (conversion rate) yang tinggi.
BACA LAGI: TFC sudah bayar tunggakan gaji sebelum FIFA jatuhkan hukuman
BACA LAGI: [VIDEO] Entah apa punca, pemain JDT-Melbourne City bertikam lidah lepas tamat aksi di Australia
Bergson da Silva
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva merupakan antara nama yang cukup tajam di depan pintu gol saban musim.
Ia terbukti apabila dia antara penjaring utama Liga Super dengan Bergson sudah menghasilkan 12 gol selepas 10 perlawanan.

Bergson saban musim tidak sunyi dengan jaringan untuk JDT.
Musim ini, Bergson sudah pun melakukan 25 percubaan tepat ke pintu gol dengan kadar penyudah setinggi 58.1 peratus.
Walaupun mempunya gol banyak, kadar itu dilihat rendah kerana percubaan tepat Bergson yang tinggi tidak semuanya diterjemah ke bentuk jaringan.
Ronald Ngah Wanja
Sekembalinya ke Malaysia, Ronald Ngah Wanja mengingatkan kepada semua betapa tajamnya dia apabila di depan pintu gol.
Penyerang Kuching City FC itu menjadi watak penting kepada kebangkitan The Cats dalam Liga Super dengan dia sudah pun menghasilkan tujuh jaringan.

Ngah Wanja (depan) merupakan ayam tambatan di Kuching City.
Setakat ini, bekas pemain Kedah Darul Aman FC itu sudah melakukan 12 percubaan tepat dengan kadar penyudah setinggi 66.7 peratus.
Ia menjadikan Ngah Wanja sebagai pemain dengan kadar penyudah tertinggi dalam kalangan penyerang Liga Super.
Yann Mabella
Walaupun pada mulanya berdepan permulaan sukar, namun Yann Mabella tidak putus semangat untuk membuktikan yang dia adalah antara penggempur terbaik di Liga Super.
Bersama Terengganu FC, Mabella sudah mencatatkan enam gol dan kini perlu berehat seketika akibat kecederaan yang dialaminya.

Yann Mabella menanti masa untuk kembali dari kecederaan.
Walaupun begitu, penyerang tersebut sudah melakukan 15 percubaan tepat ke arah pintu gol dengan kadar penyudah setinggi 55.6 peratus.
Ia menjadikan Mabella antara tiga penyerang import terbaik di dari segi nilai kadar penyudah dalam Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
