[VIDEO] Petronas nafi muncul penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh, tak pernah beri kebenaran guna jenama


  • Podium
  • Isnin, 24 Nov 2025

Gambar tular yang memaparkan logo Petronas menjadi penaja utama saingan Liga Bolasepak Bangladesh.

PETRONAS menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu menjadi penaja kepada Bangladesh Football League seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat minyak dan gas negara itu memaklumkan pihaknya menyedari beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan nama Petronas sebagai penaja utama liga berkenaan, yang dikatakan merupakan penjenamaan semula Bangladesh Premier League.

"Kami tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan Bangladesh Football League, dan tidak pernah memberi kebenaran untuk penggunaan nama atau jenama bagi sebarang urusan berkaitan liga tersebut.

BACA LAGI: Jika lawan Penang FC pun kalah, tiba masa Jean-Paul berehat

BACA LAGI: Gagal kawal nafsu dan baran, FAM ada sejarah gantung 2 pemain Liga M seumur hidup

 

 

 

“Petronas mengambil serius integriti jenama Petronas dan kekal komited memberikan nilai terbaik kepada pemegang taruh serta komuniti di lokasi kami beroperasi,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video di laman media sosial mendakwa Petronas menjadi penaja utama liga berkenaan sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram