PEMAIN tengah Leeds United, Ao Tanaka, tampil memohon maaf selepas terlibat dalam insiden yang menyaksikan pemain Ghana, Francis Abu, mengalami kecederaan serius dalam pertembungan antarabangsa Jepun menentang Ghana di Stadium Toyota, baru-baru ini.
Detik malang berlaku pada minit ke-58 apabila Tanaka, cuba melepaskan rembatan di tepi kotak penalti Ghana, secara tidak sengaja terkena kaki Francis.
Insiden itu menyebabkan kecederaan parah pada kaki Francis dan memaksa perlawanan terganggu sementara pemain Ghana itu menerima rawatan di atas padang.
BACA LAGI: Gagal kawal nafsu dan baran, FAM ada sejarah gantung 2 pemain Liga M seumur hidup
Selepas digantikan pada minit ke-68, Tanaka terus menghampiri jurulatih Ghana, Otto Addo, untuk memohon maaf atas insiden tersebut.
Tindakan sederhana Tanaka itu ternyata menggambarkan keperibadian pemain Jepun tersebut serta rasa hormat dia terhadap permainan.
Abu Francis (24), gelandang Toulouse asal Ghana, mengalami cedera horor patah kaki saat tidak sengaja tertendang Ao Tanaka yang hendak menendang bola, di kaga persahabatan vs. Jepang.
Francis berkemungkinan absen membela Ghana di Piala Dunia 2026.pic.twitter.com/xXEzEWpae6
— Extra Time Indonesia (@idextratime) November 15, 2025
Tanaka turut menyatakan penyesalannya atas insiden yang tidak diingini itu, menekankan bahawa dia tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.
Addo menerima permohonan maaf itu dengan tenang dan menghargai keikhlasan Tanaka, walaupun pasukannya ketinggalan 0-2 pada malam itu.
Dalam sukan yang sering dipenuhi emosi, tindakan Tanaka menjadi peringatan bahawa hormat-menghormati antara pemain melebihi persaingan.
Francis dipercayai patah kaki kanan dan memerlukan masa rehat yang panjang sekali gus berpotensi menjejaskan peluangnya menyertai Piala Dunia 2026.
Meskipun Jepun menewaskan Black Stars 2-0, suasana di stadium seketika bertukar suram berikutan insiden itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
