PIHAK polis sudah merekod keterangan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berhubung video tular yang memaparkan dakwaan seorang sebuah pasukan bola sepak terkemuka Indonesia kononnya diminta wang ketika pemeriksaan dijalankan terhadapnya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota terbabit turut membuat laporan polis pada 7 November lalu susulan penularan video berkenaan.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati individu yang membuat dakwaan itu pulang ke negara asal sebelum siasatan lanjut dapat dijalankan.
BACA LAGI : [VIDEO] Polis buka kertas siasatan bintang Persib hina tugas anggota URB
BACA LAGI : Gagal kawal nafsu dan baran, FAM ada sejarah gantung 2 pemain Liga M seumur hidup
“Anggota berkenaan sudah diambil keterangan dan individu yang membuat dakwaan itu juga sudah kembali ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, ada Isnin, Majoriti melaporkan seorang pemain tengah Persib Bandung, Adam Alis, didakwa menghina anggota polis ketika menjalankan tugas.
Video yang memaparkan pemain itu bersama beberapa individu dalam sebuah kereta ditahan polis selepas didakwa memandu secara melawan arus tular di media sosial.
Anggota berkenaan dipercayai meminta mereka menunjukkan dokumen pengenalan diri dan pasport namun mereka didakwa gagal berbuat demikian sebelum dipercayai diminta menunjukkan kad pengenalan dari negara asal.
Berdasarkan video, lelaki berkenaan mendakwa anggota polis berkenaan meminta supaya mereka tidak memandu melawan arah dan turut mendakwa kononnya anggota berkenaan mahu meminta wang.
Anggota polis berkenaan turut menegur supaya membawa pasport ketika berada di negara ini.
Berikutan itu, Wan Azlan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
