UMUM mengetahui bahawa kelab Portugal, SL Benfica merupakan antara pasukan terbaik di Eropah dengan pelbagai gelaran pernah dirangkul, termasuk dua Kejuaraan Eropah (kini Liga Juara-Juara UEFA).
Malah, musim ini, pasukan itu turut memiliki reputasi tersendiri kerana dikendalikan pengurus berpengaruh, Jose Mourinho yang memilih untuk kembali ke negara asalnya.
Kehadiran pengendali yang dikenali sebagai 'The Special One' itu meletakkan SL Benfica sebagai pasukan pilihan untuk membawa pulang kejuaraan, termasuk di pentas Eropah.
BACA LAGI: Andai Amorim undur diri, tak mustahil Mourinho kembali ke Man United
BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola berlagak trofi EPL, tak mahu disamakan dengan Jose Mourinho

Diabos Vermelhos merupakan kumpulan ultras paling digeruni buat SL Benfica.
Namun, baru-baru ini, berita buruk melanda kelab berkenaan selepas penyokong terkenal, Sergio Caetano dilaporkan maut dengan kesan tembakan di kepala.
Dalam laporan agensi media Eropah, mangsa pada awalnya dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu selepas menghantar anaknya ke sekolah.
Bagaimanapun, hasil siasatan kemudian mendapati mendiang ditemukan di dalam kereta sekitar perkarangan stadium SL Benfica, Estadio da Luz.
Penemuan itu dibuat berserta sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam pembunuhan berkenaan dengan pihak polis sedang giat melakukan siasatan.

Caetano merupakan figura berpengaruh dalam kalangan penyokong SL Benfica.
Caetano merupakan figura penting dalam kalangan peminat setia kelab itu apabila diangkat sebagai ketua pasukan ultras, Diabos Vermelhos atas semangatnya memberi sorakan buat SL Benfica.
Malah, pemergian mengejutkan itu turut menerima perhatian pihak pengurusan yang mengeluarkan kenyataan bersimpati terhadap keluarga mendiang.
"SL Benfica bersimpati dengan pemergian mendiang yang merupakan figura sukar digantikan dalam kalangan penyokong kelab ini dan capo kumpulan ultras.
"Dedikasinya yang cukup hebat kepada kelab ini akan menandakan kehilangan besar terhadap sokongan buat SL Benfica, terutamanya di stadium," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
