TUGAS seorang penyerang adalah untuk menjaringkan gol dalam usaha memastikan kemenangan memihak pasukan mereka.
Tidak kira di tempat sendiri atau tempat lawan, tugas mereka tetap sama dan perlu dijalankan sebaiknya demi meraih tiga mata.
Dalam Liga Super, terdapat beberapa pemain yang cenderung untuk menjaringkan gol di tempat lawan sekali gus mengecewakan penyokong tuan rumah.
BACA LAGI: Hanya kerana mahukan Semenyo, wajarkah Arsenal korbankan Lewis-Skelly?
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: FAM tetap bawa kes ke CAS, komited tegakkan keadilan
Jovan Motika
Pemain sayap Negeri Sembilan FC (NSFC) itu merupakan antara nadi penting kepada kecemerlangan skuad Jang musim ini kendalian Nidzam Jamil.
Motika menghasilkan beberapa gol penting buat NSFC pada musim ini dengan dia sudah pun menghasilkan enam gol dalam Liga Super.

Motika (tengah) merupakan nadi gol untuk Negeri Sembilan.
Apa yang menariknya, empat daripada gol tersebut terhasil oleh Motika setakat ini adalah di tempat lawan dengan ia hadir semasa menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) sebanyak dua kali serta berdepan Imigresen FC dan DPMM FC.
Ketajaman Motika itu menjadi nilai positif buat NSFC di saat mereka sering bergelut untuk cemerlang di tempat lawan.
Ronald Ngah Wanja
Musim ini, Kuching City FC mengharungi kempen Liga Super yang cukup baik hinggakan mereka dianggap antara calon meraih slot ke Asia musim depan.
Ketajaman Kuching ditambah dengan rekod baik ditampilkan oleh penyerang importnya iaitu Ronald Ngah Wanja yang serasi bermain di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

Ronald Ngah cukup tajam mengetuai barisan serangan Kuching City.
Setakat ini, Ngah Wanja sudah menghasilkan tujuh gol untuk Kuching dengan empat daripadanya terhasil semasa mereka bermain di tempat lawan.
Empat gol itu terhasil semasa berdepan NSFC serta hatrik yang dicipta penyerang Cameroon itu semasa bertemu PDRM FC.
Jairo da Silva
Walaupun bermula agak perlahan namun Jairo da Silva menonjolkan ketajamannya untuk JDT sehinggakan sudah mempunyai kecenderungan untuk menjaringkan gol di tempat lawan.
Pemain semakin serasi dengan corak permainan JDT dan sudah pun berjaya menghasilkan 10 gol buat Harimau Selatan dalam Liga Super.

Jairo mencatatkan hatrik ketika menewaskan Terengganu.
Daripada 10 gol itu, tujuh daripadanya terhasil semasa Jairo dan JDT beraksi di tempat lawan dengan hatrik bertemu Terengganu FC paling mencuri tumpuan penyokong.
Selain itu, Jairo turut menyumbat gol ketika bertemu Kuching City, Imigresen dan PDRM di tempat lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
