SEORANG warganet dari Thailand mencipta satu siaran yang membanding-bandingkan negaranya dengan jiran serantau termasuk Malaysia.
Pemilik akaun dikenali sebagai aobasanai di Threads baru-baru ini membuat siaran membanding-bandingkan bandar Bangkok dengan Kuala Lumpur.
Katanya, Bangkok 400 kali lebih maju daripada Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
BACA LAGI: Misteri kehilangan kapten Sang Kenari terjawab, rupanya terbabit kemalangan sebelum jumpa JDT II
Komennya itu mendapat perhatian rakyat Malaysia dikenali sebagai Khairul Azri yang menyindir semula siaran tersebut.
Katanya, dia mengakui yang Bangkok jauh lebih baik daripada Kuala Lumpur di mana penduduk di sini terpaksa menggunakan burung untuk bertanya khabar kerana ketiadaan internet.
"Saya rakyat Malaysia dan itu adalah benar. Ia bukannya 400 kali tapi 400 bilion kali lebih maju dan membangun daripada Malaysia. Kami tiada internet, sampaikan saya perlu ke Singapura untuk buat siaran ini.
"Saya tak akan tahu jika kamu akan balas komen ini kerana kami tiada internet di Malaysia. Kami gunakan burung untuk menukar pesanan, seperti Bill O'Riley pernah cakap, kami ni makan pun cukup-cukup je.
"Jangan datang ke Malaysia, pergi ke Thailand saja," ujarnya.
Buat masa ini, rakyat Thailand itu masih belum membalas sebarang komen daripada warga Malaysia atas komen dilakukannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
