MALAYSIA meraih satu lagi kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.
Kemenangan 1-0 hasil gol Faisal Halim meletakkan Malaysia dalam posisi terbaik untuk mara ke kejohanan itu walaupun masih perlu menunggu keputusan penghakiman di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkait isu skandal tujuh pemain warisan yang memalsukan dokumen.
Walaupun menang, namun penyokong melihat terdapat kekurangan dalam aksi Harimau Malaya dengan terdapat penurunan signifikan dari segi corak permainan.
BACA LAGI: Misteri kehilangan kapten Sang Kenari terjawab, rupanya terbabit kemalangan sebelum jumpa JDT II
BACA LAGI: Pening hilang pertahanan penting, TFC nilai pemain lain ganti Safwan Mazlan

Ada pemain yang prestasinya tidak lagi sebagus dahulu apabila diturunkan.
Dalam perkongsian Rai Azman di Facebook, dia melihat segelintir pemain yang prestasinya sudah tidak sebagus dulu masih mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.
Malah, ada sesetengah pemain seakan tidak memberikan yang terbaik semasa di padang.
"Dahulu, pemain semua berkomitmen tinggi, ada jiwa kental dan bersungguh-sungguh bermain demi membanggakan negara.
"Kini, komitmen pemain sedikit merudum, ada pemain yang dulunya hebat tapi kini ketajamannya kurang tapi masih menjadi pemain utama.
"Kesungguhan pemain tidak setara dan corak permainan seakan hanya ingin habiskan masa perlawanan tanpa ada usaha kreatif.
"Pemain warisan pula seolah tidak sepenuh hati beraksi untuk negara," ujarnya.
Mungkin sudah tiba masa pengurusan Harimau Malaya mencuba menggunakan pemain berlainan pula untuk tugasan akan datang.
Masih ramai pemain berbakat yang menunggu masa untuk diberikan peluang beraksi buat negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
