HANYA satu gol berjaya dijaringkan skuad kebangsaan dalam aksi kelima bagi Kelayakan Piala Asia 2027 ketika berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jaringan tunggal itu terhasil menerusi pemain simpanan, Faisal Halim pada minit ke-55 permainan selepas dia bijak menggunakan kepantasan untuk melepasi benteng pertahanan lawan.
Bagaimanapun, persembahan anak-anak buah Peter Cklamovski pada perlawanan itu mengundang kritikan kerana terlalu kerap mensia-siakan peluang terhidang.
BACA LAGI: ‘Macam tak cukup vitamin’, legenda Selangor kritik import pilihan Gergasi Merah
BACA LAGI: Legenda Selangor ucap tahniah buat Indonesia, sempat 'tegur' pelan bola sepak negara
Paulo Josue gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan kedudukan pasukan negara.
Malah, ketika diberi sepakan penalti, Harimau Malaya gagal memanfaatkannya apabila tendangan Paulo Josue jauh tersasar dari sasaran.
Kemenangan tipis itu sekali gus mengundang kritikan daripada peminat yang gusar akan nasib skuad kebangsaan dalam aksi akan datang berdepan Vietnam di tempat lawan.
Kritikan turut dilontarkan bekas pemain negara, Malek Rahman yang secara sinis menyindir Harimau Malaya kerana hanya dapat menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu.
"Zaman aku, Nepal ini 'lauk' sahaja kami belasah," tulisnya ringkas di akaun Facebook peribadinya.

Malek Rahman merekodkan sembilan penampilan rasmi bersama skuad kebangsaan pada 1990-an.
Meskipun tiada rekod jelas, perkongsian bekas pemain Selangor itu merupakan sebuah teguran yang perlu diterima secara terbuka skuad kebangsaan.
Ini kerana kualiti Harimau Malaya hari ini adalah jauh lebih baik berbanding sekitar 1990-an, baik dari segi individu mahupun berpasukan.
Namun, kemenengan 1-0 ke atas Nepal itu menceritakan bahawa skuad kebangsaan masih belum menemui resipi terbaik untuk bergelar pasukan gergasi di Asia.
Berdasarkan rekod rasmi, Malek Rahman yang beraksi di posisi pertahanan merekodkan sembilan penampilan rasmi buat Harimau Malaya sepanjang kariernya.
Angka tersebut berkemungkinan lebih tinggi sekiranya perlawanan persahabatan dan tidak rasmi pada waktu itu diambil kira dan direkodkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
