[VIDEO] Yang kalah kena 'stay low', Soloz anggap aksi ‘taunting’ SRG bukan isu besar


  • Podium
  • Selasa, 18 Nov 2025

Bagi Soloz, isu itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia merupakan perkara lumrah dalam arena kompetitif. — Instagram/Soloz&SRGOG

PEMAIN e-sukan terkenal tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz tampil mengulas kontroversi membabitkan tindakan Selangor Red Giants (SRG.OG) yang didakwa melakukan ‘taunting’ atau provokasi terhadap lawan.

Menurut Soloz, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia merupakan perkara lumrah dalam arena kompetitif, apatah lagi ketika emosi berada di tahap tinggi selepas perlawanan penting.

BACA LAGI: 'Tiada maklumat tentang lawan', SRG lega elak bertemu pasukan Indonesia, Filipina

BACA LAGI: [VIDEO] Bintang SRG muncul 'Achraf Hakimi versi MLBB', beri wang kemenangan untuk ibu

"Tapi kalau dia taunting depan-depan bagi saya biasalah, ada hak untuk bercakap. Yang kalah kena stay low. Bagi saya okay saja selagi jangan main perasaan dan dendam.

"Saya tak tahu macam mana pihak kalah itu tapi adalah sebab-sebab yang kita tak tahu. Bagi saya dia nak buat macam itu, saya boleh buat apa. Kita tengok sahaja," ujarnya kepada Majoriti.

Respons Soloz itu hadir susulan tindakan kapten SRG, Mark Rusiana atau Kram yang dilihat mengusik pemain CG Esports, Muhammad Zamri (Ye3) selepas perlawanan.

Tindakan Kram itu dipercayai tercetus daripada kenyataan Ye3 pada sebelum ini yang mendakwa kemenangan SRG.OG hanyalah disebabkan nasib, selain menyifatkan juara bertahan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB Malaysia (MPL MY) itu sebagai lawan yang mudah.

Kejadian itu berlaku ketika perlawanan keempat antara SRG.OG dan CG Esports dalam perlawanan akhir 'upper bracket' yang sekali gus mengesahkan kemaraan juara bertahan itu ke saingan peringkat antarabangsa, MLBB M7.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perjalanan SRG.OG ke pertandingan megah berkenaan, Soloz menyatakan penilaian daripada peringkat awal sudah sedikit sebanyak mengesahkan tiket itu adalah milik mereka.

"Saya okay saja. Kita dah tahu dah SRG akan dominan untuk MPL MY, jadi memang no komen lah. SRG dah tempah slot dari awal dah," katanya.

 

 

Kejayaan SRG.OG memastikan tiket ke M7 turut diwarnai dengan kemenangan dalam perlawanan akhir MPLMY musim ke-16 menerusi kemenangan dominan ke atas CG Esports menerusi keputusan 4-0.

Untuk rekod, SRG.OG menjadi pasukan pertama melakar sejarah di Malaysia selepas muncul juara tiga musim berturut-turut dan kini mereka mempunyai misi peribadi untuk mencipta sejarah baharu iaitu empat kali juara berturut-turut.

Insiden tersebut kini hangat diperkatakan dalam komuniti Mobile Legends, namun kenyataan Soloz dilihat sebagai peringatan agar pemain kekal profesional dan tidak membawa perseteruan ke luar gelanggang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram