[VIDEO] Bintang SRG muncul 'Achraf Hakimi versi MLBB', beri wang kemenangan untuk ibu


  • eSports
  • Khamis, 18 Jul 2024

Yums (kiri) mengikuti sikap Hakimi yang memberikan wang pendapatannya kepada ibunya.

KEMENANGAN yang dikecapi Selangor Red Giants (SRG) merangkul kejuaraan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 pada Ahad masih menerima pujian melambung daripada seluruh rakyat Malaysia.

Siapa sangka pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu berhasil menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antatabangsa esports selepas menumbangkan Filipina Falcpons AP Bren Sport 4-3 pada Ahad.

Dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke penyokong biasa, semua memuji pencapaian Selangor Red Giants yang berhasil mengharumkan nama di pentas dunia.

BACA LAGI: [VIDEO] Tahniah Selangor Red Giants banggakan Malaysia — Faisal Halim

BACA LAGI: [VIDEO] Pengorbanan Aidilfitri berbaloi, Gojes bangga bantu Red Giants malukan RSG

Kemenangan ini juga menandakan rekod 107 perlawanan tanpa kalah SRG dalam kedua-dua pertandingan domestik dan antarabangsa, mengukuhkan reputasi mereka sebagai kuasa yang menggerunkan dalam arena esports.

Kemenangan SRG di saingan MSC MLBB itu menyaksikan pasukan bimbingan Michael Angelo Bacado berkenaan berhasil membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah ASD1juta (RM4.7 juta).

Dengan wang kemenangan mencecah jutaan ringgit itu, rata-rata pemain SRG mahu mengubah nasib keluarga seperti Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau dikenali sebagai Sekyss yang ingin membina rumah untuk ibu ayahnya di Terengganu.

Manakala, ketua pasukan SRG iaitu Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi atau lebih mesra dengan panggilan Yums pula mahu memberikan wang kemenangan berkenaan kepada ibunya.

"Anda tahu Achraf Hakimi? Saya adalah Achraf Hakimi versi MLBB. Saya akan berikan kemenangan ini untuk ibu saya. Semuanya," katanya memetik video hantaran WTM di laman Instagram.

Penyokong bola sepak pasti mengenali Hakimi iaitu bintang Paris Saint-Germain dan Maghribi yang memberi 80 peratus gajinya kepada ibunya dan meletakkannya sebagai waris tunggal bagi pendapatan serta kekayaan pemain itu.

Sikap Muhammad Qayyum yang mendahulukan ibunya itu membuatkan ramai memujinya dan wajar menjadi contoh kepada pemain MLBB lain untuk tidak mengejar kemewahan selepas meraih kemenangan.

Selain Yums dan Sekysss, SRG juga terdiri daripada Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie), John Vincent Banal (Innocent), Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) serta Ilman Zareef atau lebih dikenali sebagai Gojes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram