[VIDEO] Jurulatih Nigeria naik angin, dakwa lawan guna ilmu hitam punca tak layak ke Piala Dunia


  • Podium
  • Selasa, 18 Nov 2025

DR Congo muncul juara melalui sepakan penalti untuk mara ke peringkat akhir sistem 'play-off'.

JURULATIH pasukan kebangsaan Nigeria, Eric Chelle mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pemain DR Congo melakukan 'voodoo' semasa kemenangan mereka melalui sepakan penalti ke atas pasukannya pada Isnin lalu.

DR Congo memenangi sepakan penalti 4-3 selepas seri 1-1 dalam final play-off Piala Dunia Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), sekali gus mara ke peringkat inter-konfederasi enam pasukan pada bulan Mac dan menyingkirkan Nigeria daripada proses kelayakan.

Nigeria membuka jaringan awal selepas tiga minit melalui rembatan Frank Onyeka, namun Meschak Elia menyamakan kedudukan untuk DR Congo, memaksa perlawanan ke masa tambahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bintang Man United berang, terus tinggalkan padang lepas gagal ke Piala Dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Padah buat provokasi berlebih-lebihan, bintang Liverpool menangis terduduk Hungary gagal ke Piala Dunia

Perlawanan yang diheret hingga sepakan penalti itu memberi peluang kepada DR Congo muncul juara melalui sepakan penalti untuk mara ke peringkat akhir sistem play-off.

Ketegangan tercetus apabila Chancel Mbemba menjaringkan penalti kemenangan, menyebabkan Chelle naik angin dan cuba menyerang beberapa anggota kakitangan DR Congo, termasuk ketua jurulatih mereka iaitu Sebastien Desabre.

Tindakan mengejutkan daripada jurulatih Nigeria itu memaksa kakitangannya menariknya keluar dan cuba untuk memisahkan Chelle daripada oleh pasukan lawan.

Desabre hadir terlebih dahulu untuk sidang media selepas perlawanan dan menyifatkan insiden berkenaan sebagai bukan isu yang besar untuk diperbesarkan.

Namun, pada penghujung sidang medianya, Chelle bertanya mengapa wartawan tidak membangkitkan insiden tersebut sambil mendakwa bahawa DR Congo menggunakan ilmu hitam pada perlawanan itu.

"Pemain DR Congo sedang melakukan 'maraboutage' (yang membawa maksud serupa bomoh Afrika Utara). Sepanjang semua penalti, pemain Congo sedang melakukan voodoom," dakwanya.

Bagaimanapun, wakil DR Congo menafikan dakwaan tersebut apabila dihubungi The Athletic.

Dalam pada itu, Chelle juga memuat naik permohonan maaf menerusi media sosial dan menyifatkan segala dakwaan dan tindakannya hanya disebabkan kesukarannya menerima kekalahan itu.

Nigeria Head Coach Éric Chelle Says a DR Congo Staff Member Performed Voodoo During the Penalty Shootout, Explaining the Post-Match Clash After the World Cup Playoff Final

 

 

byu/Shroft insoccer

“Bola sepak penuh dengan emosi. Selepas perlawanan, saya bertindak dalam keadaan terbawa-bawa akibat pertelingkahan dengan seorang anggota kakitangan DR Congo yang cuba memasuki kawasan teknikal saya.

"Saya tidak berniat menyinggung rakyat Congo atau kakitangan mereka, yang saya hormati. Saya kecewa kerana kami tersingkir, tetapi bangga dengan pemain-pemain saya.

"Tahniah kepada Congo, yang merupakan pasukan lebih baik. Peminat mereka menunjukkan semangat yang hebat, begitu juga peminat kami. Kita akan bergerak ke hadapan bersama," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram