[VIDEO] Padah buat provokasi berlebih-lebihan, bintang Liverpool menangis terduduk Hungary gagal ke Piala Dunia


  • Podium
  • Isnin, 17 Nov 2025

Kegembiraan Szoboszlai tidak bertahan lama selepas Parrott muncul juara untuk Ireland.

HARAPAN Hungary untuk mara ke pusingan play-off Piala Dunia berkecai apabila skuad kendalian Marco Rossi tumbang 3-2 di tangan Republik Ireland, menyaksikan Dominik Szoboszlai pulang berduka di hadapan penyokong sendiri.

Di Arena Puskas, Troy Parrott muncul sebagai wira apabila meledak hatrik sensasi yang bukan sahaja menyamakan kedudukan dua kali, tetapi turut menghidupkan peluang Ireland ke play-off.

Tiupan wisel penamat menyaksikan Szoboszlai yang juga beraksi di Liverpool bersama  rakan sepasukan di kelab itu, Milos Kerkez terpaku kecewa apabila Hungary sekali lagi gagal menempah tiket ke Piala Dunia yang pertama sejak 1986.

BACA LAGI: ‘Penyerang berstamina kuda', patutlah Man United-Liverpool tak kisah 'pecah tabung' berebut Semenyo

BACA LAGI: Man United sedia bagi Amorim RM590 juta, pintas Liverpool rebut 'winger' terhangat EPL

Apa yang menjadi sorotan selepas tular video di media sosial memaparkan reaksi Szoboszlai selepas menjaringkan gol pertama Hungary. 

Pemain itu dilihat melakukan gaya provokasi sambil meraikan jaringan, tetapi kegembiraan itu bertukar padah apabila Ireland bangkit untuk menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan. 

Kemenangan tersebut membolehkan Ireland menamatkan kempen di tempat kedua di belakang Portugal, yang sebelum itu membelasah Armenia 9-1 untuk muncul juara kumpulan.

Hungary memulakan perlawanan dengan baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga, hasil kreativiti Szoboszlai yang menghantar bola kepada Kerkez sebelum disudahkan Daniel Lukacs. 

Ireland kemudiannya mendapat talian hayat melalui sepakan penalti selepas pengadil Norway, Espen Eskas membuat semakan VAR terhadap terjahan Attila Szalai ke atas Chiedozie Ogbene. 

Parrott tenang menyempurnakan penalti itu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Hungary kembali mendahului pada minit ke-37 menerusi rembatan padu Barnabas Varga yang berpusing sebelum melepaskan sepakan kaki kiri menewaskan Kelleher. 

Namun, kegembiraan tuan rumah mulai pudar apabila Szoboszlai, yang sempat ‘berlagak bintang’ dengan aksi provokatif selepas gol pembukaan, akhirnya tersentak melihat Ireland bangkit mengubah momentum perlawanan.

Parrott sekali lagi menjadi penyelamat pada minit ke-80 dengan mengawal hantaran tinggi Finn Azaz sebelum meledak gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-80. 

Detik paling mengejutkan hadir pada masa tambahan apabila Parrott tenang menolak bola masuk untuk melengkapkan hatrik dan memastikan kemenangan 3-2 bagi Ireland. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram