Tak terkesan ‘rumors’ tinggalkan HM, Cklamovski tekad terus bantu skuad kebangsaan


  • Podium
  • Isnin, 17 Nov 2025

Cklamovski (tengah) menegaskan bahawa dia akan kekal memimpin pasukan kebangsaan. — Facebook/Malaysia NT

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan dia akan kekal mengemudi skuad kebangsaan.

Jurulatih kelahiran Australia itu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mengenai masa depannya dan menegaskan bahawa dia akan setia memimpin pasukan kebangsaan.

Cklamovski menegaskan bahawa fokus utamanya ketika ini adalah mempersiapkan pasukan dalam usaha memastikan Harimau Malaya meraih tiga mata penting berdepan Nepal dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA LAGI: Jodoh Cklamovski bersama Harimau Malaya masih kuat, katanya takkan terlerai selepas jumpa Nepal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Karier naik turun jadi pengajaran', Luqman Hakim akui tak terlambat buktikan prestasi

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang aksi bertemu Nepal aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa. — Facebook/Malaysia NT

“Saya akan kekal, saya mahu fokus pada hari ini. Jika kita lakukan yang terbaik hari ini, peluang untuk berjaya akan terbuka.

“Perkara utama adalah kerja kita menyiapkan pasukan, memperbaiki setiap sesi latihan dan memastikan kita turun padang untuk meraih tiga mata.

“Itu sahaja. Capai kedudukan teratas, terus berusaha dan beri keyakinan kepada negara," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Terdahulu, muncul khabar angin di media sosial yang mendakwa aksi menentang Nepal akan menjadi perlawanan terakhir Cklamovski bersama Harimau Malaya.

Spekulasi itu mencetuskan satu lagi suasana kurang enak di luar padang selepas sebelum ini Harimau Malaya terpalit dengan isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menganggap khabar angin yang tersebar itu sebagai spekulasi liar. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram