SUSULAN hukuman dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor FC menegaskan akan membuat rayuan sebelum separuh akhir kedua Piala FA 2025/26 menentang Sabah FC pada 30 November.
Dalam kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan kelab tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik insiden kekecohan ketika berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi timbal balik di laman sendiri pada 30 Oktober lalu.
Ini dengan menafikan pertuduhan dikemukakan badan induk bola sepak negara tersebut, termasuk yang menyatakan orang kenamaan tidak terlibat dalam insiden terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Selangor senasib Harimau Malaya, pernah dihukum beraksi di ‘gelanggang sepi’
BACA LAGI: Bukan lagi Selangor, Skuad Jang destinasi terbaik 3 bintang Liga A1 jika mahu ‘naik pangkat’
"Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak terlibat dalam insiden membakar dan melempar mercun di dalam stadium.
"Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak merosak atau melontarkan bangku tempat duduk mengakibatkan kecederaan kepada penyokong pelawat semasa aksi berlangsung.
"Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa tiada tetamu berstatus VVIP Selangor FC yang melontar bekas minuman plastik ke kawasan tempat duduk keluarga pasukan pelawat," tulisnya.
Berdasarkan hukuman dikenakan, skuad Gergasi Merah dipaksa beraksi tanpa penyokong untuk dua aksi Piala FA, termasuk dalam perlawanan menentang Sabah FC selepas ini.
Selain itu, FAM mengarahkan pihak pengurusan Selangor FC membayar denda berjumlah RM100,000 berikutan insiden berdasarkan Artikel 42 Perenggan 1 Kod Tatatertib FAM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
