SELEPAS Gabriel Palmero menerima nasib kontraknya bersama kelab LaLiga, Deportivo Alaves ditamatkan rentetan skandal tujuh pemain warisan, seorang lagi menerima nasib serupa.
Penyerang, Rodrigo Holgado dilaporkan menerima nasib serupa apabila kelabnya, America de Cali sudah menamatkan kontraknya.
Memetik laporan antarabangsa, kontrak Holgado bersama kelab Colombia itu sudah pun ditamatkan bermula Selasa.
BACA LAGI: Harimau Malaya sedia segala kemungkinan berdepan Nepal kendalian legenda The Gorkhalis
BACA LAGI: Yann Mabella perlukan sebulan untuk pulih, sasar turun aksi lawan Kuching City
Disebabkan itu, nama Holgado tidak lagi termasuk dalam skuad America de Cali namun begitu dia masih menerima gaji oleh kelab itu.
Ia disebabkan persetujuan yang diakui oleh kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada terma penamatan kontrak.
Holgado kini tidak boleh bermain untuk mana-mana kelab akibat hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadapnya dan enam lagi pemain warisan Malaysia kerana kesalahan memalsukan dokumen.
Mengikut hukuman FIFA itu, Holgado tidak boleh terlibat dalam mana-mana perlawanan bola sepak selama 12 bulan serta didenda.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah melakukan rayuan kepada FIFA namun badan induk bola sepak dunia itu menolak sepenuhnya.
FAM kini dalam proses membawa rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
