Berstatus ‘new arrival’, khabarnya Selangor ikat arkitek baharu perkuat jentera tengah


  • Podium
  • Khamis, 06 Nov 2025

Domgjoni yang hanya boleh diturunkan di pentas Asia dijangka menyertai Selangor ketika bertemu Persib Bandung pada Khamis.

WAKIL Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC dijangka turun menentang Persib Bandung dengan menggunakan ‘arkitek’ terbaharu.

Bakal bertemu kelab Indonesia itu pada Khamis di laman sendiri, timbul desas-desus mengatakan Gergasi Merah melakukan rekrut mendapatkan seorang pemain dari Kosovo.

Pemain tersebut dikenal pasti sebagai Tomi Domgjoni yang berusia 27 tahun dan beraksi sebagai pemain tengah.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain tertunduk, aksi terhenti lepas jurulatih kelab Serbia meninggal dunia di tepi padang

BACA LAGI: OKS terbuka kembali ke Malaysia, Sabah-TFC mungkin pilihan tepat tapi ada syaratnya

Profil Domgjoni di Transfermarkt kini sudah mempunyai logo Selangor.

Hasil pemerhatian di laman Transfermarkt, profil Domgjoni sudah mempunyai tanda new arrival atau ketibaan baharu dengan tertera logo Selangor.

Ia menguatkan spekulasi yang Selangor sudah pun mendapatkannya secara rasmi cuma belum melakukan pengumuman kepada penyokong.

Domgjoni dijangka boleh beraksi seawal perlawanan bertemu Persib dan ketika ini, namanya hanya boleh mewakili Selangor di peringkat Asia.

Hal ini kerana, jendela perpindahan kedua Liga Super masih belum dibuka dan Selangor tidak boleh menggunakannya dalam tugasan domestik.

Domgjoni tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan FC Koper dari Slovenia pada musim 2024/2025.

Dia juga pernah beraksi di Liga Belanda bersama Vitesse Arnhem serta FC Zurich dapam saingan domestik Switzerland. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram