NAMA Josh Robinson menjadi sebutan apabila dia mengaku mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya.
Disebabkan itu, ramai berharap yang dia boleh menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya namun pada usia 20 tahun, bekas pemain akademi Arsenal itu tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan Wigan Athletic, Januari lalu.
Untuk menyertai Harimau Malaya, Robinson wajib mempunyai kelab dan Liga Super boleh menawarkan itu kepadanya.
BACA LAGI: 'Buktikan dulu', mengaku ibu orang Malaysia, susur galur bekas pemain akademi Arsenal mesti disiasat
Johor Darul Ta'zim (JDT)
Terdapat beberapa kelab yang boleh dijadikan pilihan untuk Robinson tuju sekiranya ke Malaysia dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah pilihan ketara.
Dengan reputasi sebagai pelopor moden bola sepak negara, Robinson pastinya tertarik dengan fasiliti serta prestasi JDT di peringkat tempatan dan antarabangsa.

JDT merupakan wakil lazim Malaysia di kejohanan antarabangsa. — Johor Southern Tigers
Walaupun bakal berdepan saingan hebat di posisi pertahanan kanan, namun Robinson pasti mengalu-alukan cabaran tersebut seiring dengan pengalamannya sebagai bekas graduan akademi Arsenal.
Jika inginkan kelab yang mewah dan sering beraksi di peringkat tertinggi, JDT boleh jadi pilihannya.
Selangor FC
Selain JDT, satu lagi kelab pilihan adalah Selangor FC yang merupakan gergasi bola sepak tempatan.
Antara kelab yang mendapat sokongan padu saban musim, kehadiran Robinson pastinya akan diterima baik peminat Gergasi Merah kerana profilnya.

Zach Clough pasti menyambut baik kehadiran Robinson. — Selangor FC
Robinson boleh dijadikan sebagai pencabar kepada Quentin Cheng di pertahanan kanan dan juga pengganti Alvin Fortes juga Christophe Gamel mahu menggunakannya sebagai pemain sayap kanan.
Apa yang pasti, kehadirannya pasti menggembirakan Zach Clough yang turut berasal dari England.
Terengganu FC
Destinasi menarik yang boleh dijadikan pilihan Robinson adalah dengan bersama Terengganu FC di Pantai Timur.
Kehadirannya boleh dilihat amat diperlukan kerana pemain itu boleh menamatkan kebergantungan skuad Penyu terhadap Azam Azmi Murad.

Robinson boleh kurangkan kebergantungan Terengganu terhadap Azam Azmi (kanan). — Terengganu FC
Dengan pemain itu akan menyertai JDT musim depan, sudah tiba masa Terengganu mencari wajah baharu dan Robinson menepati kriteria diperlukan.
Tapi antara JDT, Selangor dan Terengganu, manakah yang menjadi pilihan Robinson jika beraksi di Malaysia? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
