[VIDEO] RM1 juta untuk Muar! Syed Saddiq tamatkan cabaran Ironman bawah masa 13 jam


  • Podium
  • Sabtu, 01 Nov 2025

Syed Saddiq disambut ibu bapanya setelah melepasi garisan penamat dalam acara berkenaan.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya memerlukan 12 jam, 22 minit dan 18 saat untuk menamatkan larian Ironman Malaysia yang berlangsung di Langkawi.

Catatan masa itu sekali gus menyaksikan berjaya mengatasi rekod ditetapkan jenama fesyen tempatan, PrimaValet yang menjanjikan sumbangan bernilai RM1 juta sekiranya tempoh diambil untuk menamatkan triathlon itu di bawah 13 jam.

"Saya datang sini dengan satu sasaran, iaitu untuk memastikan sumbangan mencecah RM1 juta untuk penduduk Muar. Alhamdulillah, kini mereka perlu mengotakan janji," katanya.

BACA LAGI: Inisiatif Syed Saddiq, Rafizi bukti usaha demi kumpul dana tanpa perlu jawatan Exco, menteri

BACA LAGI: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq selama 2 hari bermula 11 Disember

Sebelum ini, syarikat lokal itu membuat cabaran terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut bahawa sumbangan berbentuk komputer riba, bank makanan dan baju raya bakal disalurkan jika berjaya berbuat demikian.

Cabaran berkenaan jelas membakar semangat dan keazaman Syed Saddiq yang mengharungi pelbagai bentuk cabaran dalam saingan Ironman Malaysia seperti berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km.

Usai menamatkan larian, Ahli Parlimen Muar itu kelihatan sebak ketika disambut ibu bapanya sebaik melintasi garisan penamat di Pelangi Beach Resort & Spa.

Catatan pada perlumbaan tahun ini adalah lebih baik berbanding tempoh diambil pada edisi tahun lalu ketika Syed Saddiq pertama kali menyertai Ironman Malaysia dengan masa 13 jam 13 minit diperlukannya. — The Star/T AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram