[VIDEO] 'Rutin saya semuanya tentang dia', Paul Scholes berhenti jadi 'pundit' fokus jaga anak autistik


  • Podium
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Scholes (kiri) tidak lagi menjadi penganalisis demi menjaga anak istimewanya iaitu Aiden (kanan).

LEGENDA Manchester United, Paul Scholes membuat keputusan meninggalkan peranannya sebagai penganalisis (pundit) demi menjaga anaknya, Aiden, 20, yang menghidap austisme.

Dia yang bertugas di salah sebuah saluran sukan di United Kingdom (UK), iaitu TNT Sports mengundurkan diri demi membolehkan dia menfokuskan kepada penjagaan anaknya itu.

Kali terakhir Scholes bertugas bersama TNT adalah pada musim lalu semasa perlawanan akhir Liga Europa antara United dengan Tottenham Hotspur.

BACA LAGI: Disebut kembali ke Anfield, Liverpool sepatutnya tidak terburu-buru bawa semula Jurgen Klopp ganti Arne Slot

BACA LAGI: Hukuman FIFA: AFC cuma fokus 7 bintang warisan layak atau tidak beraksi bersama Harimau Malaya

Bercakap pada siri audio siar (podcast), Stick to Football, Scholes mendedahkan yang rutin hariannya kini harus berkisarkan kepada keperluan Aiden yang tidak boleh bertutur.

Scholes yang kini tidak lagi bersama bekas isterinya, Claire, perlu menjaga Aiden selama tiga hari seminggu sebelum anaknya dihantar kepada ibunya.

"Saya mengambil keputusan tersebut tahun ini kerana Aiden dan keperluannya. Semua kerja yang saya lakukan sekarang berkisarkan rutinya dan dia mempunyai rutin yang ketat setiap hari. Saya ambil keputusan setiap kerja saya mesti berkisarkan dia.

"Saya dan Claire tidak lagi bersama dan Aiden akan bersama kami untuk tiga malam seminggu sebelum dia bersama neneknya pada Jumaat. Kami sentiasa melakukan perkara sama dengan dia. Dia tidak akan tahu hari itu hari apa pada minggu itu atau pukul berapa. Tapi dia akan tahu melalui rutin yang dilakukannya," kata Scholes.

Menurut Scholes, antara rutinnya bersama Aiden adalah dengan membawanya pergi berenang serta berbelanja di pasar raya sambil anaknya itu akan memenuhkan troli dengan coklat.

Scholes mengatakan yang dia akan terus menyiarkan perjalanannya menjaga Aiden di media sosial untuk memberikan kesedaran mengenai cabaran menguruskan anak autistik.

Dia turut mendedahkan yang cabaran menguruskan Aiden semasa kecil pernah memberikan kesan kepada kariernya semasa bermain untuk United.

Oleh kerana Aiden tidak boleh bertutur, Scholes mengatakan anaknya akan mengigit atau mencakarnya sekiranya dia berasa marah atau kecewa.

"Saya tidak pernah dapat lari daripada itu semasa zaman bermain, ia sangat sukar. Seingat saya, doktor hanya sahkan dia mempunyai austisme pada usia dua tahun setengah tapi saya suda rasakan ada satu perkara tak kena. Ketika itu, saya tidak pernah dengar mengenai austime, tiba-tiba saya mula nampak segalanya.

"Saya masih ingat kali pertama saya diberitahu, United bermain menentang Derby County di tempat lawan tapi saya tak mahu berada di sana. Saya masih ingat pengurus kemudiannya menggugurkan nama saya daripada pasukan seminggu selepas itu. Jujurnya, saya tak beritahu sesiapa pun mengenai itu sampailah saya berbuat demikian beberapa minggu kemudian. Ia amat sukar untuk saya.

"Apa yang saya lakukan sekarang semuanya berkisarkan dia. Saya lakukan kerja-kerja studio, tapi semuanya berkisarkan rutin hariannya. Saya sudah lakukannya (kerja televisyen) untuk beberapa tahun dan sampai masa saya mesti berhenti, jadi saya lakukan audio siar yang saya rasakan lebih sesuai untuk saya. Sebenarnya bukan sesuai untuk saya, tapi Aiden," jelas Scholes. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram