PEREBUTAN mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berjalan dengan penuh drama sambil kita dapat saksikan beberapa kelab mengalami kesukaran untuk bersaing.
Dengan mata demi mata tercicir, dapat dilihat beberapa kelab mula goyah dalam usaha mencabar kejuaraan atau pun cuba mendapatkan slot ke pertandingan Eropah musim depan.
Tidak terkejut jika anda dapat saksikan beberapa pengurus 'botak' kepala apabila melihat kelab mereka tidak berjaya bermain seperti yang diharapkan dan mencabar kejuaraan.
BACA LAGI: Hukuman FIFA: AFC cuma fokus 7 bintang warisan layak atau tidak beraksi bersama Harimau Malaya
BACA LAGI: Pecat Arne Slot? Liverpool sudah ada keputusan lepas tewas mengejut
Pep Guardiola
Percaya atau tidak? Pep Guardiola antara salah satu pengurus yang berdepan kesukaran untuk mencabar kejuaraan EPL musim ini.
Walaupun Manchester City tidaklah begitu teruk, namun persembahan mereka yang semakin mudah dibaca pihak lawan turut menyebabkan mengapa kelab itu sukar mengejar Arsenal di puncak.

Taktikal Pep Guardiola seolah-olah sudah dibaca pihak lawan. — Agensi
Malah, pihak lawan turut menemui jalan terbaik untuk menyekat kemaraan City iaitu dengan menghalang pergerakan penyerang utama iaitu Erling Haaland.
Strategi itu dilihat berkesan dengan contoh terkini dapat dilih menerusi kekalahan mereka terhadap Aston Villa apabila Haaland langsung tidak diberikan ruang untuk bergerak.
Arne Slot
Seorang lagi pengurus dilihat mempunyai kesukaran untuk mencabar kejuaraan adalah pengendali Liverpool, Arne Slot.
Segar dengan kemenangan meraih EPL pada musim pertamanya di England, Slot mengalami masalah untuk mengekalkan kejuaraan apabila mula ketinggalan jauh di belakang Arsenal dengan menduduki tempat ketujuh selepas sembilan perlawanan.

Liverpool dikatakan akan terus kekal bersama Arne Slot. — Agensi
Lebih perit, pembelian mewah yang dilakukan Liverpool seperti Alexander Isak dan Florian Wirtz belum menuaikan hasil di saat bintang senior seperti Virgil van Dijk serta Mohamed Salah kelihatan longlai.
Slot jelas berdepan kesukaran dalam mempertahankan kejuaraan EPL dimenanginya musim lalu dan dia memerlukan keajaiban memastikan trofi itu kekal di Anfield musim ini.
Enzo Maresca
Walaupun diangkat sebagai juara dunia, namun itu tidak menjadikan Chelsea kalis daripada masalah untuk mencabar kejuaraan EPL.
Enzo Maresca juga berdepan masalah prestasi bersama The Blues dengan kelabnya kini menduduki tempat kesembilan selepas sembilan perlawanan.

Skuad Chelsea musim ini mencatatkan rekod disiplin yang sangat buruk. — Agensi
Lebih memeningkan kepala, Chelsea turut berdepan isu disiplin apabila dalam sembilan aksi terakhir, terdapat enam kad merah diterima mereka dalam enam perlawanan.
Kedudukan Maresca boleh dikatakan dalam bahaya dengan pengendali Bournemouth, Andoni Iraola disebut-sebut sebagai pengganti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
