Tersalah beri nasi beriani ayam, tauke restoran ditembak mati pelanggan vegan di India


  • Benua
  • Khamis, 30 Okt 2025

Vijay Naag (kiri) dibunuh kerana tersilap beri pesanan nasi beriani kepada pelanggannya.

SEORANG pemilik restoran di India menemui ajalnya di tangan pelanggan sendiri hanya kerana sepinggan nasi beriani.

Pemilik restoran nasi beriani di Ranchi, India dikatakan ditembak sehingga mati di dada selepas tersilap memberikan beriani yang dipesan pelanggannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Vijay Naag, dikatakan ditembak oleh pelanggannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka di depan restorannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Acah-acah rider konon, beg pun tak ada tapi songlap 'order' makanan orang

BACA LAGI: Pengaruh 'games' dikhuatiri punca budak jadi ganas, Malaysia patut ikut jejak Barat haramkan Roblox

Hanya kerana nasi beriani, pemilik restoran di India menemui ajalnya. — Agensi

Kejadian yang berlaku pada 19 Oktober lalu dikatakan berpunca daripada pelanggan tersebut, seorang vegeterian memesan beriani sayur di kedai Vijay untuk dibawa pulang.

Namun begitu, sesudah pulang, pelanggan tersebut mendapati beriani yang diterimanya mengandungi ayam di dalamnya.

Pelanggan tersebut kemudiannya menelefon restoran Vijay dan dalam perbualan itu timbulnya pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Ia memaksa pelanggan tersebut kembali ke restoran bersama rakan-rakannya dan berdepan dengan Vijay secara langsung di hadapan kedainya.

Pertengkaran berterusan dan menurut saksi, pelanggan tersebut kemudiannya mengacu pistol sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Vijay sebelum melarikan diri.

Bunyi tembakan itu membuatkan orang ramai pergi ke lokasi kejadian dengan Vijay dilihat terbaring dan dikejarkan ke hospital.

Pemilik restoran itu kemudiannya dilaporkan dibawa ke hospital berhampiran namun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Pihak polis kemudiannya dapat mengenal pasti suspek yang dikenali sebagai Abhishek dengan pemburuan sedang dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram