LIVERPOOL berdepan detik paling sukar dalam era Arne Slot setakat ini apabila The Reds kelihatan cukup lemah dan tak bermaya untuk mempertahankan kejuaraan liga dimenangi mereka musim lalu.
Mereka kini mula ditinggalkan oleh Arsenal, Manchester City malah Manchester United dengan persoalan demi persoalan ditonjolkan kepada Arne Slot atas kelemahan skuadnya.
Dengan Liverpool kini menjadi kelab yang semakin mudah diagak oleh pihak lawan, ada cakap-cakap mengatakan bekas pengendali, Jurgen Klopp mungkin akan kembali.
BACA LAGI: Pastikan sahih sebelum ‘lamar’ Josh Robinson, ambil iktibar kisah 7 pemain warisan
BACA LAGI: Kebal di puncak, Gary Neville pasti Arsenal akhirnya akan menang EPL
Klopp terbuka untuk kembali
Situasi yang dihadapi oleh Liverpool ketika ini boleh dikatakan sukar terutamanya selepas mereka meraih kejayaan pada musim lalu.
Ia tidak dirasakan oleh penyokong sahaja, namun pihak pengurusan Liverpool juga dikatakan turut berasakan yang sesuatu tidak kena dengan Slot dan barisan kejurulatihannya.
Oleh itu, timbul spekulasi mengatakan yang Liverpool bersedia untuk kembali Anfield bagi menstabilkan semula kapal dan membolehkan The Reds kembali mencabar kejuaraan.
Klopp yang kini tidak menguruskan sebarang kelab dikatakan bersedia untuk kembali ke Liverpool pada bila-bila masa kelab itu memerlukannya.
Ini projek Slot
Namun begitu, jika Slot dilepaskan ia adalah satu keputusan yang tidak wajar buat pengendali itu yang sebenarnya baru saja hendak bermula di Liverpool.
Musim lalu, dia hanya mewariskan skuad yang dibina oleh Klopp dan memperoleh manfaat apabila dia meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Florian Wirtz antara muka baharu Liverpool musim ini. — Agensi
Akan tetapi, skuad musim ini dibina mengikut acuan Slot dan ia masih menanti masa untuk hasilnya kelihatan selepas berbelanja besar.
Ia ibarat kembali semula ke petak pertama, Slot memerlukan kepercayaan dan masa untuk membuktikan kemampuannya.
Terbeban dengan kejayaan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kejayaan Slot musim lalu hasil daripada mewarisi skuad dibina oleh Klopp untuk bermusim lamanya.
Kejayaan memenangi EPL musim lalu sememangnya manis, tanpa disedari sebenarnya ia sudah membebankan Slot untuk tampil lebih hebat musim ini.

Kejayaan musim lalu membebankan Slot musim ini. — Agensi
Sudah pasti, seandainya Slot berjaya kekal sehingga tamat musim namun tidak membawa piala, tekanan lebih hebat akan memuncak terhadapnya.
Memanggil semula Klopp mungkin satu keputusan popular yang diterima penyokong, namun Slot baru saja hendak mulakan legasinya di Liverpool.
Berikan dia masa, kerana hanya waktu akan tentukan sama ada dia akan berjaya atau tidak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
