Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah


  • Kes
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Ismanira didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan.

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya, Selangor memutuskan Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal pada Jumaat. 

Dalam penghakimannya, Hakim Dr Syahliza berkata mahkamah telah meneliti hujahan pihak pembelaan dan mendapati pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Prosiding ditangguhkan buat sementara waktu selepas permohonan dibuat oleh pihak pembelaan bagi menyediakan hujahan mitigasi untuk memohon pengurangan hukuman.

BACA LAGI: Tersalah beri nasi beriani ayam, tauke restoran ditembak mati pelanggan vegan di India

BACA LAGI: Masih bertali pusat, JKM cari waris bayi 'istimewa' ditinggalkan di hentian bas Melaka

Zayn Rayyan.

Selepas prosiding bersambung, mahkamah mengambil keputusan untuk menghukum Ismanira dengan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan dilakukannya.

Ismanira turut dikenakan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun serta perlu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam, enam bulan selepas dibebaskan.

Pada 21 Julai, Hakim Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30 tahun, bagaimanapun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.

Pasangan itu didakwa kerana telah mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di kawasan berhampiran Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, serta di sungai berhampiran, antara tengah hari 5 Disember 2023 dan 9.55 malam keesokan harinya.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Zayn Rayyan, berusia 6 tahun, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dengan mayatnya ditemui keesokan harinya di sebuah anak sungai berhampiran kediamannya. — The Star/ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram