 
                                                JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris atau ahli keluarga kepada seorang bayi lelaki istimewa yang ditinggalkan di hentian bas dekat Melaka.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis, JKM mengatakan bayi tersebut yang mengalami down syndrome masih bertali pusat semasa ditemui kini berada dalam jagaan mereka.
Ia hasil daripada tindakan orang ramai yang menyerahkan bayi tersebut kepada JKM.
BACA LAGI: Tersalah beri nasi beriani ayam, tauke restoran ditembak mati pelanggan vegan di India
BACA LAGI: Pengaruh 'games' dikhuatiri punca budak jadi ganas, Malaysia patut ikut jejak Barat haramkan Roblox

Bayi tersebut ditemui oleh orang ramai pada 27 September lalu. — Jabatan Kebajikan Masyarakat
"JKM menyeru ibu kandung atau mana-mana waris tampil segera bagi membantu proses kebajikan bayi berkenaan.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333," kata JKM dalam kenyataannya.
Bayi tersebut ditemukan oleh orang ramai selepas ditinggalkan dalam sebuah kotak dekat hentian bas berhampiran sebuah surau di Alai, Melaka.
Bayi yang ditutupi dengan kain itu dibawa masuk ke dalam surau oleh orang awam pada 9.30 malam, 27 September lalu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
JKM mengatakan yang bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan sementara mengikut Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi tujuan perlindungan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
