SEPASANG pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS) mencuri perhatian warganet tempatan selepas memuat naik video yang memaparkan semangat luar biasa penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City).
Menerusia video yang dimuat naik oleh pasangan dikenali sebagai The Passport Couple itu menunjukkan penyokong masih setia menyaksikan perlawanan dalam hujan lebat sehingga stadium kelihatan hampir dinaiki air.
Suasana di stadium yang dibasahi hujan lebat, dengan air mengalir deras menuruni tangga penonton namun penyokong setia Warga Kota tetap kekal bersorak dan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
BACA LAGI: Selangor bukan lagi pilihan, data lebih berpihak KL City-TFC sebagai pencabar utama JDT musim ini
BACA LAGI: Selain seru Safuwan, Selangor boleh pancing bek TFC-Sabah ganti Afro
Dalam rakaman tersebut, pasangan itu kedengaran teruja dan kagum melihat semangat penyokong tempatan yang terus memberikan sorakan walaupun keadaan padang dan tempat duduk sudah basah kuyup.
"Ya Tuhan, tengok itu, macam air terjun mengalir di tangga itu! Saya tak percaya mereka masih bermain dalam keadaan macam ni,” kata wanita berkenaan sambil ketawa kecil.
"Stadium ni memang dah macam banjir, tapi penyokong tetap setia duduk di tempat mereka. Hebat betul semangat mereka," tambah suara mereka berdua di sebalik video itu.
Walaupun hujan tidak berhenti, mereka menyifatkan pengalaman menonton bola sepak di Malaysia sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan unik, malah memuji semangat penyokong KL City yang dianggap kecil bilangannya tetapi sangat kuat bersorak.
"Walaupun hujan tak berhenti, penyokong tak pernah berhenti bersorak. Mereka sangat berdedikasi! Kemenangan 1-0 tu memang berbaloi," katanya lelaki tersebut.
Difahamkan, perlawanan yang dirakam dalam video itu dipercayai berlangsung pada musim lalu, namun baru dimuat naik semula oleh pasangan pempengaruh tersebut baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
