
SELANGOR FC dilihat semakin kehilangan taring dalam saingan Liga Super 2025/26 apabila data semasa menunjukkan Kuala Lumpur City (KL City) dan Terengganu FC (TFC) kini menjadi pencabar terdekat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perebutan kejuaraan.
Analisis prestasi semasa yang dijana oleh platform kecerdasan buatan (AI) ChatGPT mendedahkan bahawa skuad Harimau Selatan kekal pasukan pilihan dengan 70 peratus peluang mempertahankan kejuaraan hasil kekuatan skuad seimbang, rekod tanpa kalah serta keutuhan taktikal di bawah kendalian jurulatih mereka.
Namun, di sebalik dominasi itu, KL City dan TFC kini menunjukkan kebangkitan ketara, dengan AI meramalkan masing-masing memiliki 12 peratus dan lapan peratus peluang untuk menggugat kedudukan JDT di tangga teratas.
Analisis prestasi semasa Juara Liga Super musim ini yang dijana oleh platform kecerdasan buatan (AI) ChatGPT. — Carta Janaan Ai
BACA LAGI: Bintang warisan optimis terlepas penggantungan FIFA, kembali beraksi bersama kelab
BACA LAGI: 'Lahir di Kedah, saya boleh main untuk Penang', Milos Gordic 'bakar line' skandal warisan FAM
KL City yang berada di tangga kedua liga menampilkan corak permainan lebih tersusun serta semangat juang tinggi ketika menentang pasukan elit, manakala Terengganu FC pula terkenal dengan kepantasan dan serangan balas berkesan meskipun berdepan isu konsistensi di penghujung perlawanan.
Sebaliknya, Selangor FC yang sebelum ini dianggap pencabar utama hanya mencatatkan lima peratus peluang dengan pasukan itu dilihat masih bergelut mencari rentak sebenar selepas permulaan musim yang tidak menentu.
Walaupun ramalan ChatGPT itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya namun melihat prestasi terkini KL City mampu menjadi pencabar skuad kendalian Xisco Munoz.
KL City yang berada di tangga kedua liga menampilkan corak permainan lebih tersusun serta semangat juang tinggi ketika menentang pasukan elit. — Facebook KL City
Malah, skuad kendalian Risto Vidakovic menjadi satu-satunya pasukan selain JDT yang masih belum tewas, dengan jumlah jaringan 14 gol dan hanya dibolosi tiga kali.
Berada di tangga kedua carta Liga Super, KL City juga dilihat sebagai pencabar paling stabil setakat ini dengan 16 mata hasil lima kemenangan dan satu seri daripada enam perlawanan.
Sementara itu, skuad kendalian Badrul Afzan Razali kini berada di tangga ketiga carta dan mencatat empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan ketika beraksi tujuh perlawanan.
Bagi Selangor FC, musim ini bermula dengan keputusan yang tidak menentu.
Terengganu FC kini berada di tangga ketiga carta dan mencatat empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan ketika beraksi tujuh perlawanan. — Facebook TFC
Daripada enam perlawanan, skuad Gergasi Merah merekodkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan dengan mengumpul sembilan mata.
Sering terpalit dengan masalah jurulatih bertukar ganti jelas mencerminkan isu konsistensi pasukan yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kekuatan bola sepak tempatan.
Meskipun barisan serangan kekal produktif dengan 12 jaringan, kelemahan di benteng pertahanan sering menghukum mereka, menyebabkan mata berharga terlepas begitu sahaja.
Jika rentak tidak menentu ini berterusan, Selangor berisiko terus ketinggalan jauh di belakang kelompok teratas yang kini semakin menunjukkan kematangan dan kestabilan dalam saingan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram