'Demam' pickleball, tampil bergaya bak pentas fesyen di gelanggang, sukan paling trending Malaysia


  • Gaya
  • Khamis, 30 Okt 2025

Pickleball menjadi platform untuk ekspresi gaya dan keseronokan. — Agensi

SUKA atau tidak, pickleball sukan gabungan tenis, badminton dan ping pong, kini menjadi fenomena sebenar.

Sejak populariti sukan ini meningkat di Malaysia sekitar 2019, ia turut mencuri perhatian dunia fesyen.

Pelbagai jenama melancarkan koleksi terinspirasi pickleball yang menggabungkan pakaian harian dengan pakaian sukan, malah bekerjasama dengan pengendali gelanggang untuk pelancaran produk dan acara sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Penuntut wanita diejek kerana nama ‘Happi Sleepi’, abang pula Jelli-Bean, ada sebab bapa pilih gelaran unik

BACA LAGI: Cemburu disyaki punca kakak campak adik usia 21 hari dari aras 4, pakar kongsi tip elak anak sulung iri hati

Pickleball memberi peluang kepada si pemain untuk turut tampil bergaya di gelanggang. — Friend Of Ours

Gelanggang pickleball muncul di seluruh negara, termasuk di pusat beli-belah.

"Pemain bukan sekadar datang untuk bermain. Mereka datang dengan gaya tersendiri.

"Anda akan lihat mereka berpakaian athleisure sepadan, putih bersih, skirt sukan, topi visor atau kasut rekaan pereka. Ia gabungan sukan dan gaya, praktikal tetapi tetap bergaya," kata Pengasas PXP Pickleball Club, Kyan Yap.

Menurut Yap, gelanggang di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur menarik mereka yang mahu tampil hebat dan yakin.

"Mereka datang berpakaian mengikut tema, pasangan yang padankan raket dan pakaian, malah rakan-rakan yang merancang palet warna untuk acara kami," ujarnya.

Ia sekali gus membuka peluang perniagaan menarik untuk jenama fesyen dan syarikat kecantikan yang melihat pickleball sebagai fenomena budaya seterusnya.

Fokus imej

Obses menjaga imej juga menimbulkan kritikan terhadap pemain pickleball sehingga dilabel sebagai sekadar menunjuk dan versi ringan tenis.

Ironinya, tenis sendiri telah lama menjadi sumber fesyen dengan trend tenniscore yang masih relevan hingga kini.

"Dibandingkan tenis, gaya pickleball lebih berani dan playful. Lebih banyak ruang untuk bereksperimen dengan warna, corak dan sikap," kata Pengasas dan CEO Kualesa, Ariff Faisal.

Beliau menambah bahawa pickleball selesa berada dalam dunia country club moden bersama padel dan tenis.

Berbeza dengan sukan berprestasi tinggi lain, pickleball mencerminkan gaya hidup yang lebih luas, di mana aktiviti sukan dan interaksi sosial bersatu, menjadikan fesyen sebahagian daripada pengalaman itu secara semula jadi.

Fesyen yang diinspirasikan oleh pickleball berpotensi berkembang daripada minat niche kepada bahasa utama dalam dunia pakaian santai moden. — Kualesa

Trend sementara

Walaupun ada yang meragui, pereka yakin pickleball lebih daripada sekadar trend biasa.

Pengasas bersama jenama Friend Of Ours, Tanestrran Chandran menjelaskan, sukan ini membolehkan orang rasa mereka tergolong tanpa tekanan sambil kekal aktif walaupun tidak mempunyai kemahiran khusus.

Kekuatan sebenar pickleball terletak pada komuniti kerana orang lebih cenderung untuk terus bermain apabila rakan-rakan mereka turut terlibat.

"Persamaan mereka ialah keinginan untuk tergolong dan cara terbaik ialah melalui apa yang mereka pakai di gelanggang," jelasnya.

Matlamat jenama mereka bukan sekadar menjual pakaian, tetapi berkembang bersama komuniti.

Pickleball dan fesyen: Bukan pertama kali

Tenis, golf, bola keranjang dan yoga semua menunjukkan bagaimana sukan membentuk gaya tersendiri.

Pickleball pula membenarkan ekspresi lebih santai, sosial dan playful berbeza dengan tradisi minimalis tenis.

Sebahagian daripada trend lebih besar

Dengan pakaian aktif semakin popular, pickleball juga menjadi sebahagian fesyen. pengasas The Shirt Bar, Serene Ang berkata, sukan sosial mudah dipelajari, sosial, inklusif dan menarik generasi yang menghargai kesihatan serta hubungan sosial.

"Kelihatan bergaya sambil selesa kini menjadi sebahagian pengalaman," katanya.

Jenama lain, seperti Fila, mengadakan kejohanan, sesi latihan dan klinik.

CEO Misto Malaysia, Jimmy Jin Bohyun menyifatkan pickleball sebagai sukan untuk Instagram, bukan sekadar permainan, tetapi ia lebih daripada sekadar penampilan.

Ia melambangkan keseronokan dan rasa tergolong dalam suasana moden.

Bagi pemain sebenar, fesyen pickleball lebih santai, bersifat sosial dan menyerlahkan gaya moden yang playful.

Beliau yakin gaya ini tidak akan hilang selagi jenama terus menghasilkan koleksi yang serba boleh, selesa dan ekspresif.

Fesyen yang diinspirasikan oleh pickleball berpotensi berkembang daripada minat niche kepada bahasa utama dalam dunia pakaian santai moden. — The Star/BERVIN CHEONG

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram