Pecat Arne Slot? Liverpool sudah ada keputusan lepas tewas mengejut


  • Podium
  • Khamis, 30 Okt 2025

Kedudukan Arne Slot di Liverpool dikatakan masih selamat. — Agensi

ARNE Slot terus berdepan kesukaran dalam mendapatkan semula rentak cemerlang Liverpool apabila The Reds terus kalah, kali ini dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL Cup).

Bertemu Crystal Palace di laman sendiri pada Rabu, Liverpool tumpas 0-3 dengan Slot melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utamanya.

Dia merehatkan bintang-bintang utama seperti Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Hugo Ekitike dan ramai lagi.

BACA LAGI: Disebut kembali ke Anfield, Liverpool sepatutnya tidak terburu-buru bawa semula Jurgen Klopp ganti Arne Slot

BACA LAGI: Jaga-jaga Arsenal, Man United mungkin jadi pencabar dalam senyap musnahkan impian The Gunners

Satu piala terlepas dari genggaman Liverpool apabila disingkirkan Crystal Palace dalam Piala Liga Inggeris. — Agensi

Kekalahan itu terus menimbulkan persoalan, adakah Slot akan disingkirkan Liverpool dalam masa terdekat?

Jawapannya adalah tidak kerana pengurusan tertinggi Liverpool dilaporkan sedia memberikan lebih masa kepadanya dalam mendapatkan rentak selepas skuadnya berwajah baharu.

Dilaporkan, Liverpool tidak bercadang untuk melepaskan Slot kerana berasakan dia masih boleh mengemudi skuad The Reds.

Pengurusan Liverpool digambarkan sebagai "tenang dan tidak terburu-buru" untuk memecat Slot ditambah selepas dia sudah memberikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.

Mereka dikatakan memahami situasi Slot yang perlukan masa dalam membentuk keserasian dengan pemain-pemain baharu yang dibawa masuk.

Selepas tumpas kepada Palace, Slot menyatakan yang itu adalah keputusan terbaik untuk Liverpool kerana mereka akan berdepan tiga perlawanan sukar selepas ini.

The Reds akan bertemu Aston Villa, Real Madrid serta Manchester City dan itu Slot memerlukan pemain-pemain utamanya mendapat rehat secukupnya.

"Jika anda lihat pada minggu seterusnya, ia adalah minggu yang penting buat kami, kami perlukan seramai boleh pemain.

"Jika anda lihat kesebelasan utama, saya hanya rehatkan pemain yang bermain pada minggu lalu (bertemu Brentford) dan inilah barisan yang ada dapat.

"Ia menunjukkan yang kami ada beberapa kecederaan. Dengan minggu penting menjelang tiba, saya rasa inilah pilihan terbaik," ujar Slot.

Liverpool kini sudah tumpas lima daripada enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram