Jaga-jaga Arsenal, Man United mungkin jadi pencabar dalam senyap musnahkan impian The Gunners


  • Podium
  • Selasa, 28 Okt 2025

Manchester United (kiri) boleh menjadi pencabar tak diduga Arsenal (kanan) untuk gelaran EPL. — Agensi

ARSENAL berada dalam kedudukan baik untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepa mendahului dengan kelebihan empat mata di puncak liga.

Dengan pencabar terdekat seperti Manchester City dan Liverpool keciciran mata, semakin besar peluang Arsenal untuk menamatkan penatian panjang untuk menjulang liga.

Namun, mereka harus berhati-hati dengan kebangkitan musuh lama iaitu Manchester United yang sekarang ini sedang membina momentum.

BACA LAGI: Kebal di puncak, Gary Neville pasti Arsenal akhirnya akan menang EPL

BACA LAGI: Liverpool tumbang lagi, Arne Slot salahkan pengadil bagi Brentford penalti

Momentum mula dibina

The Red Devils tidaklah mempunyai permulaan yang baik bersama-sama Ruben Amorim apabila mereka berdepan banyak keputusan tidak baik.

Namun, mereka akhirnya mendapat rentak dengan United sudah tiga perlawanan berturut-turut menang dalam liga buat pertama kali sejak Amorim mengambil alih.

Dalam kemenangan itu, United sudah menewaskan Sunderland, Liverpool dan terkini, Brighton & Hove Albion.

Momentum sudah ada, semestinya United akan semakin mencabar dan mahu mencipta kejutan.

Laluan mudah menanti

Selepas mendapatkan rentak baik pada Oktober, United dijangka dapat meneruskan momentum apabila November datang menjengah.

Dengan tidak terikat dengan tugasan Eropah serta sudah tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL Cup), United hanya ada empat perlawanan untuk diharungi dengan tiga daripadnya adalah di laman lawan.

Bunyinya tampak sukar bukan? Sebenarnya tidak. United akan bertemu Nottingham Forest (1 November) yang kini bergelut di zon penyingkiran dan sementara Tottenham Hotspur (8 November) pula mengalami masalah prestasi bermain di laman sendiri.

Bryan Mbeumo (depan) sudah mula menemui rentaknya bersama United. — Agensi

Cabaran paling sukar di tempat lawan adalah apabila mereka berdepan Crystal Palace (30 November) di Selhurst Park, di situ mereka berpotensi untuk keciciran mata atau lebih teruk tumpas kepada The Eagles.

Satu-satunya aksi di laman sendiri adalah ketika mereka berdepan Everton (25 November), dan jangkaan panyokong pastinya tinggi untuk United menang satu-satunya perlawanan di Old Trafford pada bulan tersebut.

Senyap-senyap jadi pencabar

Terdapat 12 mata yang boleh disambar United pada November dan jika dilihat pada prestasi semasa, mereka tiada masalah untuk melakukannya.

Sekiranya mereka berjaya mendapatkan 10 hingga 12 mata, ia sudah cukup untuk melonjakkan United ke kedudukan empat terbaik EPL ditambah dengan pencabar terdekat mula keciciran mata.

LONDON, ENGLAND - OCTOBER 26: Jurrien Timber, Gabriel Magalhaes, Cristhian Mosquera and Riccardo Calafiori of Arsenal interact during the Premier League match between Arsenal and Crystal Palace at Emirates Stadium on October 26, 2025 in London, England. (Photo by Alex Burstow/Arsenal FC via Getty Images)

Arsenal sudah tiga musim menamatkan EPL sebagai naib juara. — Agensi

Jika berjaya mendekatkan diri dengan Arsenal, United pastinya boleh muncul sebagai pencabar tidak diduga kepada The Gunners dalam misi membawa pulang gelaran liga.

Oleh itu, jaga-jaga Arsenal kerana United pastinya akan muncul untuk menghambat. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram