PENGENDALI Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail tetap mahukan skuadnya bersedia untuk berdepan satu malam yang sukar di Iskandar Puteri apabila mereka bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk tugasan Piala FA.
Tumpas 1-2 pada aksi suku akhir pertama, Harimau Kumbang mula mencongak peluang walaupun harapan adalah tipis apabila mereka berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.
Buat masa ini, Wan Rohaimi gembira melihat persembahan skuadnya yang semakin baik dan mempunyai momentum.
BACA LAGI: Masih tak rasa selamat, pertahanan Kuching City risau kelincahan penyerang TFC
BACA LAGI: [VIDEO] Hampa ‘debut’ Moto3 tak menjadi, Hakim Danish tetap disambut bak wira di Sepang
Akan tetapi, menurut pemerhati bola sepak tempatan, Zulhilmi Zainal Azam, pengendali itu mahu pemainnya lebih bersedia dan tidak mengambil ringan perlawanan di tempat lawan.
"Dalam tiga ke empat perlawanan kebelakangan ini, mereka sudah mula dapat rentak. Saya harap kami dapat teruskan rentak itu untuk perlawanan pada Rabu.
"Kami akui yang perlawanan pada Rabu adalah perlawanan yang sukar bagi kami. Umum mengetahui apabila bermain menentang JDT tambah-tambah lagi di laman mereka, ia tidak mudah.
"Saya harap pemain saya akan bersedia menangani segala keadaan," ujarnya.
Setakat ini, Penang menduduki tempat kesembilan dalam Liga Super dengan mengutip lima mata daripada tujuh perlawanan diharungi mereka.
Dalam lima perlawanan terakhir liga, mereka menang sekali, seri sekali dan tewas tiga kali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
