MENJADI ibu bapa pada masa kini sememangnya mencabar dalam usaha mereka untuk membesarkan anak-anak.
Selain berdepan tekanan ekonomi yang mencabar, ibu bapa juga berdepan kesukaran membendung pelbagai pengaruh yang datang kepada anak-anak mereka.
Antaranya adalah pengaruh yang datang dari media sosial serta permainan video yang begitu dekat dengan anak-anak.
BACA LAGI: [VIDEO] Acah-acah rider konon, beg pun tak ada tapi songlap 'order' makanan orang
BACA LAGI: Kereta peronda polis mula masuk kawasan sekolah, pantau salah laku pelajar
Salah satu permainan video yang menjadi pilihan kanak-kanak masa kini adalah Roblox yang dimainkan secara dalam talian.
Roblox merupakan sebuah permainan video yang terbuka (open server) yang menempatkan jutaan pemain dari seluruh dunia.
Disebabkan ia adalah permainan dalam talian secara terbuka, kanak-kanak berdepan risiko dengan kandungan ganas, lucah dan tidak sesuai untuk umur mereka.
Roblox dilihat sebagai sebuah permainan yang mempengaruhi kanak-kanak dari segi sikap dan pemikiran dalam bentuk negatif.
Disebabkan itu, tidak terkejut di sesetengah negara, ibu bapa sudah mula meminta agar Roblox ini diharamkan sepenuhnya kerana pengaruh buruknya terhadap kanak-kanak.
Di Malaysia, ibu bapa juga mula berpendapat serupa dan berharap agar permainan tersebut diharamkan demi menghalang anak-anak daripada dicemari dengan pengaruh negatif.
"Roblox ni dekat luar negara Barat pun ibu bapa dah mula suruh haramkan. Sebab dekat situ banyak usaha nak groom budak-budak. Dekat situ tiada kawalan langsung, baik haramkan saja," kata Mahani Mohammad.
"Kerajaan patut buat tindakan serius, sekat semua permainan dalam internet, orang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh daftar dan muat turun permainan ke dalam telefon. YouTube pun perlu sekat, jika mahu ada akaun YouTube atau TikTok kena berusia 18 tahun ke atas baru boleh daftar," ujar Fziela Fredex.
"Saya memang tak bagi anak main Roblox, sebab semua permainan anak saya nak main saya cakap kena beli pakai duit, jadi saya akan semak dulu permainan apa yang dia nak dan saya akan cakap ia mahal. Banyak kali anak saya nak main Roblox, sekali saya cakap itu permainan Israel, terus dia tak nak main," komen Shira Dieeyn. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
