 
                                                SEORANG wanita China melecur mukanya selepas mengikuti satu petua dalam talian atau online hack untuk menghapuskan kerak kapur pada peralatan dapurnya.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Wu, kejadian yang berlaku pada 9 Oktober itu ketika dia cuba untuk menghapuskan kerak kapur menggunakan gula dan cuka.
Akuinya, dia mencuba kaedah tersebut selepas menonton satu petua di sosial media menggunakan gula putih, cuka putih dan air panas.
BACA LAGI: Pengaruh 'games' dikhuatiri punca budak jadi ganas, Malaysia patut ikut jejak Barat haramkan Roblox
BACA LAGI: [VIDEO] Acah-acah rider konon, beg pun tak ada tapi songlap 'order' makanan orang
Campuran tiga bahan itu kemudiannya diletakkan pada peralatan yang terdapat kerak itu dan ia akan membantu penghapusannya berjalan lebih lancar.
Namun ketika kejadian, Wu meletakkan campuran itu ke dalam termos dan dalam beberapa minit ia meletus dengan cecair panas itu terus mengenai mukanya dan menyebabkan dia kelecuran.
Menurut laporan media China, Wu masih lagi dalam proses mendapatkan rawatan dengan keadaan terkininya memerlukan mukanya dibalut.
Punca yang menyebabkan letupan itu berlaku adalah kerana Wu tidak menunggu campuran tersebut sejuk terlebih dahulu sekitar lima minit sebelum diletakkan dalam termos.
Hal ini kerana, tindak balas berlaku apabila asid asetik dalam cuka bertindak balas dengan bahan beralkali seperti kalsium karbonat dan magnesium hidroksida yang terdapat dalam kerak kapur lalu menghasilkan gas karbon dioksida.
Apabila campuran itu ditutup rapi dalam termos, ia menyebabkan tekanan lalu menyebabkan letupan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
