RENTETAN pelbagai salah laku dilakukan oleh pelajar sekolah seluruh Selangor, pihak polis akan melakukan rondaan sehingga ke kawasan sekolah.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, pemeriksaan polis sebelum ini hanya dilakukan di luar sekolah.
Namun selepas 1,200 kes direkodkan melibatkan para pelajar, kereta dan motosikal polis akan memasuki kawasan sekolah bagi memantau dengan lebih dekat tingkah laku mereka.
BACA LAGI: 'Lebih bersih dari California', berbakul-bakul rakyat AS puji jalan di Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Senangnya hidup, pemuda tanpa segan silu curi 'parcel' di perumahan Skudai

Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan
"Rekod dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menunjukkan 265 kes buli dan 954 adalah salah laku berlainan berlaku pada tahun ini.
"Jumlah tersebut adalah membimbangkan dan kami risau dengan apa yang berlaku," katanya.
Menurut Mohd Zaini, daripada 1,200 kes itu polis cuma membuka 41 kertas siasatan dengan sembilan daripadanya adalah kes buli sementara bakinya adalah lain-lain.
Namun begitu, tiada pendakwaan dilakukan kerana tidak cukup maklumat dan ada kes yang sudah ditangani oleh sekolah atau jabatan pendidikan.
Dia juga menambah yang tindakan dilakukan pihak polis adalah untuk mempromosikan budaya tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.
"Ia adalah penting untuk mencipta ekosistem yang menyokong pertumbuhan emosi.
"Pelajar mesti berasa selamat dan terpanggil untuk ke depan dan melaporkan kes buli, salah laku seksual, samseng atau pendedahan kepada pengaruh negatif seperti permainan video ganas atau kandungan dalam talian tidak bermoral," jelasnya.
Pihak polis juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta agensi berkaitan untuk memastikan sekolah selamat dan kondusif untuk belajar. — The Star/CHARLES RAMENDRAN/KHOO JIAN TENG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
