[VIDEO] Sampai didukung keluar stadium, Selangor FC sahkan Sharul Nazeem cedera ACL


  • Podium
  • Isnin, 27 Okt 2025

Hasil daripada ujian MRI mengesahkan Sharul mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament dan meniskus.

SELANGOR FC mengesahkan pemain pertahanan mereka, Sharul Nazeem mengalami kecederaan lutut kiri semasa perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Ahad.

Hasil ujian MRI mengesahkan Sharul mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan meniskus.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Selangor menegaskan sokongan padu kepada Sharul. 

BACA LAGI: [VIDEO] Macam deja vu, JDT sekali lagi ulangi sejarah 'perfect 10' lepas benam DPMM

BACA LAGI: [VIDEO] Grace jadi rakyat Malaysia terpantas, harumkan nama negara di cabaran Spartathlon

"Sharul akan menjalani program pra-pemulihan selama dua minggu bagi mengurangkan kesakitan, bengkak serta meningkatkan daya pergerakan kaki sebelum menjalani pembedahan yang dijangka melibatkan rekonstruksi ACL dan pembaikan meniskus.

"Seluruh warga kelab Gergasi Merah, rakan sepasukan, staf, dan para penyokong sentiasa berada di belakang Afro. Terus kuat dan positif sepanjang tempoh pemulihan ini. Kami disini yakin Afro akan kembali dengan lebih kuat!," katanya.

Selangor FC juga menyeru agar para penyokong mendoakan kesembuhan Sharul serta kelancaran proses pemulihannya.

“Mari sama-sama kita doakan agar Afro diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan pemulihan,” tambahnya.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan Sharul didukung oleh beberapa staf keluar daripada stadium, sebelum dibawa menaiki ambulans mengesahkan spekulasi kecederaan yang dialaminya. 

Aksi derbi Lembah Klang itu berakhir dengan keputusan 0-0 tanpa sebarang jaringan daripada Selangor dan The City Boys. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram